Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kira-kira 300 berkumpul di Masjid Negara petang ini bagi membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menyerang dan membunuh penduduk Palestin di Gaza.

Perhimpunan aman selama setengah jam itu diadakan di perkarangan masjid anjuran Dewan Pemuda PAS dengan pimpinan ketuanya Salahuddin Ayub.

protest israel mosque pas 020109 crowd Turut hadir dalam perhimpunan tersebut, ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dan wakil-wakil NGO serta persatuan pelajar.

Penunjuk perasaan bantahan melaungkan takbir dan mengibar bendera Palestin, sepanduk, kain rentang dan poster sebagai tanda sokongan kepada Hamas dan Hizbullah yang menentang tentera rejim itu.

Mereka turut membakar beberapa helai bendera Israel sebagai tanda amarah mereka terhadap kezaliman terbaru bermula 27 Disember lalu di selatan Gaza.

Sehingga semalam, sekurang-kurangnya 400 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel

Bantahan aman selepas solat Jumaat itu diawasi kira-kira 20 anggota polis.

Dalam ucapan ringkasnya, Salahudin mendesak Israel mengundurkan tenteranya dan Pemuda PAS bercadang menganjurkan perhimpunan besar-besaran jika rejim itu enggan berbuat demikian dari Gaza.

ADS