Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Polis menahan lima anggota Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), termasuk ketua AMK Terengganu, Fariz Musa pagi tadi.

kuala terengganu by election pkr five arrested for altantuya poster 050109with lawyer (right).JPG Menurut Ketua AMK pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin, mereka ditahan pada kira-kira jam 5 pagi ketika menampal poster memaparkan gambar mendiang Altantuya Shaaribuu, sebagai sebahagian daripada kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Shamsul mendakwa tindakan mereka itu menyebabkan pihak polis bertindak menahan mereka di bawah Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

Kelima-lima mereka ditahan di ibupejabat polis Kuala Terengganu untuk disoalsiasat, sebelum dibawa ke mahkamah majistret Kuala Terengganu untuk dilanjutkan tempoh tahanan reman ke atas mereka sehingga empat hari bagi membantu siasatan.

Majistret Aznila Mohd Anas bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwa itu dan berkata tempoh sehari sudah mencukupi untuk menyelesaikan siasatan.

Aznila kemudiannya membenarkan polis menahan reman kelima-lima mereka selama 24 jam. Mereka mesti dibebaskan jam 5.10 pagi esok.

kt pkr 5 arrest fariz musa Bercakap kepada pemberita di mahkamah, Fariz (foto) menjelaskan mengapa mereka memasang poster Altantuya.

"Kami mahu mengalu-alukan kedatangan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (ke Kuala Terengganu)," katanya sambil menambah bahawa mereka mahu mengingatkan Najib tentang bayangan Altantuya.

Fariz berkata, kes pembunuhan Altantuya telah memalukan Malaysia dan menambah bahawa rakyat Terengganu tidak akan melupainya.

Polis turut merampas kira-kira 50 poster gambar Altantuya ketika menahan mereka.

Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan berlangsung pada 17 Januari depan. Penamaan calon diadakan esok.

Ia bakal menyaksikan persaingan antara calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid dan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut.

Manakala naib presiden, Angkatan Keadilan Insan Malaysia, Harun Mohamad juga dijangka mengemukakan pencalonannya esok.

Sementara itu, Shamsul turut menyifatkan penangkapan mereka itu sebagai bermotifkan politik dan satu bentuk intimidasi polis terhadap anggota PKR.

"Bagi saya, anda tidak boleh mengkategorikan pemasangan poster seperti itu sebagai satu kesalahan jenayah. Saya percaya pois menahan mereka kerana Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan (ke Kuala Terengganu) hari ini," katanya.

Hanya kerana itu, tegas Shamsul, polis menghalang mereka daripada menampal poster-poster tersebut.

"Ini menunjukkan Najib bimbang dan ini menguatkan lagi kepercayaan kita bahawa beliau memang terbabit dalam pembunuhan Altantuya," kata Samsul tidak dihubungi.

Berita asal

ADS