SJKC Damansara dibuka semula
Jan 5, 09 8:09pm
Sekolah Rendah Cina Damansara - yang ditutup sejak lapan tahun lalu - dibuka semula hari ini di bawah nama baru SJKC Chung Hwa.

Kegembiraan para aktivis dan ibu bapa bagaimanapun dibayangi oleh "perang" antara MCA dan DAP.

sos damansara reopening renamed mca and dap 221208Puak yang pro-DAP dalam jawatankuasa 'Selamatkan Sekolah Kita' (SOS Damansara) tidak senang dengan pemilihan anggota lembaga pengelolanya.

Manakala anggota yang lain mengambil sikap berkecuali dan bersedia untuk bekerjasama dengan kementerian pelajaran.

Anggota jawatankuasa tersebut, Tommy Chin Keh Kong menuduh pihak kementerian campur tangan dalam pelantikan lembaga pengelola sekolah tersebut, dan juga menyifatkan proses pelantikannya sebagai tidak adil.

Chin memberitahu Malaysiakini bahawa seorang individu - yang kini tinggal di luar negara - turut terpilih menganggotai lembaga pengelola tersebut.

Bagaimanapun, pemangku setiausaha SOS Damansara, Chong Pai Chee, menyangkal dakwaan Chin itu.

sos damansara pc 111207 chong pai cheeKatanya, pemilihan anggotanya dilakukan melaui proses pengundian yang rapi. Sepuluh daripada 12 anggota jawatankuasa tersebut bersetuju dengan senarai nama berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, pihak kementerian hanya memberi sembilan tempat kepada pihak jawatankuasa tersebut.

Katanya, memandangkan kedudukan Chin yang lebih rendah dalam senarai anggota jawatankuasa tersebut, maka beliau tidak layak mengisi jawatan tersebut.

Chong juga menjelaskan bahawa lembaga tersebut tidak mempunyai anggota yang tinggal di luar negara.

"Semua anggota jawatankuasa tersebut dibenar menghadapi mesyuarat tergempar pada hari Sabtu.

"Bagaimanapun, penduduk yang bukan anggota memang tidak dibenarkan menghadirinya," katanya.

Beliau berkata, lembaga tersebut ditubuhkan mengikut peraturan, tetapi strukturnya akan ditukar kemudiannya apabila badan-badan - seperti alumni dan persatuan ibu bapa - ditubuhkan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong singgah sekejap di sekolah tersebut pagi tadi tanpa menghadiri majlis pembukaannya, kerana beliau mempunyai tugas yang lain.

Dua kain rentang dilihat digantung di depan sekolah berkenaan, membantah keputusan jawatankuasa SOS Damansara itu serta mendakwa Wee campur tangan. Berita asal
Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner