Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Polis hari ini memutuskan untuk tidak mendakwa lima anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang ditahan semalam kerana menampal poster wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Mereka, termasuk ketua AMK Terengganu, Fariz Musa (kiri), dibebaskan pada jam 1.05 pagi tadi selepas polis selesai menyoalsiasat mereka, tetapi diarahkan hadir di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada jam 2 petang ini.

pkr youth samy vellu police report 160607 fariz musa Fariz ketika dihubungi pagi ini berkata, mereka akan didakwa mengikut Seksyen 11 Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA), dan bukan mengikut Akta Hasutan seperti yang dijangka sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau telah menerima panggilan dari pihak polis tengahari tadi dan kelima-lima mereka diminta melaporkan diri di Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu (CID) dan menunggu arahan selanjutnya.

Pegawai penyiasat kes tersebut yang tidak mahu namanya disebut, memberitahu Malaysiakini bahawa pihak polis, atas arahan timbalan pendakwaraya, mahu melanjut lagi siasatan.

Polis kemudianya membawa mereka ke pusat operasi parti itu di Wisma Sentosa di Kuala Terengganu di mana mereka merakamkan gambar tempat tersebut untuk membantu siasatan.

"Mereka mengambil gambar pusat operasi tersebut dan semua bilik di situ. Mereka bagaimanapun tidak mengambil atau merampas apa-apa," kata Fariz ketika dihubungi Malaysiakini, sambil menambah, polis melanjutkan ikatjamin dan lima perlu melaporkan diri di pejabat CID Ahad ini.

Semalam, polis merampas kira-kira 50 poster semasa menahan mereka. Poster tersebut memaparkan foto Altantuya tanpa sebarang tulisan.

Fariz memberitahu pemberita semalam bahawa beliau dan yang lainnya telah menampal poster-poster tersebut sebagai satu "peringatan" kepada rakyat mengenai skandal yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya.

kuala terengganu by election pkr five arrested for altantuya poster 050109 Katanya, mereka mahu mengalu-alukan kedatangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kuala Terengganu, dengan mengingatkannya tentang bayangan Altantuya.

Najib, yang mengetuai kempen BN dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari depan, telah dikaitkan oleh beberapa pihak dengan pembunuhan wanita Mongolia itu pada Oktober 2006.

Beliau telah berulangkali menafikan sebarang pembabitan atau mengenali atau pernah menemui wanita Mongolia itu. Berita asal


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS