Fong kekal ahli Parlimen Bkt Bintang
Jan 7, 09 4:03pm
Wakil DAP Fong Kui Lun kekal sebagai ahli Parlimen Bukit Bintang setelah Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Lee Chong Meng menarik balik rayuannya bagi mencabar keputusan pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Panel tiga hakim terdiri Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Augustine Paul dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin membuat keputusan itu setelah membenarkan permohonan Lee untuk menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak petisyennya Julai lalu, lapor Bernama.

Pada 25 April lalu, Lee memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa pilihanraya bagi kawasan itu sebagai batal dan tidak sah.

Beliau juga menuntut Fong, yang menang dengan majoriti 14,277 undi setelah memperoleh 26,811 undi, tidak dipilih dengan sewajarnya pada pilihanraya itu.

Bagaimanapun petisyen itu ditolak Mahkamah Tinggi pada 11 Julai setelah mendapati Lee gagal mematuhi keperluan Seksyen 32(c) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 yang menghendaki beliau membekalkan fakta-fakta penting berhubung dakwaan amalan rasuah oleh calon DAP itu semasa hari pengundian.

Di luar mahkamah, Fong memberitahu pemberita bahawa beliau amat lega terhadap keputusan itu dan berkata kemenangannya dalam pilihanraya lalu adalah keputusan pengundi yang telah mengundinya dengan sah.

Lee diwakili peguam Wan Azmir Wan Majid manakala Karpal Singh bertindak bagi Fong.
Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner