Pro-Aspirasi mendahului di UTM Skudai
Jimadie Shah Othman & Ling Fong Ng
Jan 9, 09
5:56pm
Kumpulan Pro-Aspirasi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memenangi enam kerusi tanpa bertanding selepas selesai proses pencalonan bagi pilihanraya kampus di universiti tersebut di Skudai, Johor semalam.

Ini ekoran kegagalan kumpulan Pro-Mahasiswa - yang dianggap sebagai anti-establishment - mengemukakan calon mereka bertanding di kerusi terbabit.

utm campus polls nomination day 090109 02Pro-Aspirasi yang cenderung kepada kerajaan, menang tiga kerusi di Fakulti Kejuruteraan Awam dan tiga lagi di Fakulti Alam Bina.

Situasi di universiti di Selatan Semenanjung itu berbeza sekali dengan keputusan awal di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam yang memihak kepada kumpulan Pro-Mahasiswa selepas proses penamaan calon.

Kumpulan Pro-Mahasiswa UKM itu menang empat kerusi tanpa dilaporkan menang tanpa bertanding.

Calon mereka menang tanpa bertanding dua kerusi Fakulti Kejuruteraan dan satu kerusi di Fakulti Pengajian Islam apabila kumpulan Pro-Aspirasi gagal mengemukakan tiga calon.

Manakala satu lagi kerusi dimenangi apabila bantahan calon Pro-Mahasiswa terhadap calon Pro-Aspirasi, diterima pihak suruhanjaya pilihanraya kampus universiti berkenaan.

utm campus polls nomination day 090109 04UTM akan mengadakan pilihanrayanya kampusnya 13 Januari ini - dengan tempoh berkempen ditetapkan selama lima hari, mulai semalam.

Seramai 85 calon akan bertanding merebut 45 kerusi - iaitu 30 kerusi fakulti, 10 kerusi umum serta lima lagi kerusi di kampus Kuala Lumpur.

Proses penamaan calon semalam difahamkan berlangsung tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner