Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Manifesto seorang calon pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) ditolak manakala manifesto lima lagi calon kumpulan tersebut belum diluluskan oleh Urusetia Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UM.

Keenam-enamnya adalah calon dari Persatuan Untuk Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) yang menyokong kumpulan pro-Mahasiswa.

Berikutan itu, calon UMANY, Koh Joon Yi terpaksa berkempen dalam pilihanraya kampus tahun ini tanpa menggunakan manifesto.

um universiti malaya campus polls pro mahasiswa gerak memo 150109 02 Manifestonya ditolak oleh HEPA kerana beliau mahu memperjuangkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

UMANY meletakkan enam calon untuk bertanding dalam pilihanraya kampus UM yang dijadualkan berlangsung pada 19 Januari ini.

Tiga daripadanya bertanding kerusi umum manakala tiga lagi bertanding bagi kerusi fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Perniagaan dan Perakuanan serta Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran.

Bercakap dalam satu sidang akhbar petang tadi, Presiden UMANY, Teh Hoong Keat, manifesto lima lagi calon UMANY belum diluluskan.

Bimbang tidak diluluskan

Katanya, manifesto keenam-enam mereka dihantar ke HEPA semalam bagi mendapatkan kelulusan sebelum digunakan untuk berkempen.

Dalam satu pertemuan semalam, katanya, pegawai HEPA berkata mereka akan mengadakan mesyuarat terlebih dahulu sebelum meluluskan manifesto terbabit.

Bagaimanapun, tegas Teh, pagi tadi beliau dimaklumkan bahawa manifesto Koh - pelajar semester enam Fakulti Kejuruteraan - ditolak.

Sehubungan itu, Teh menemui pihak HEPA pagi tadi dan dimaklumkan, manifesto Koh boleh diluluskan sekiranya digugurkan cadangan untuk memperjuangkan pemansuhan ISA.

um universiti malaya campus polls pro mahasiswa gerak memo 150109 03 "Pegawai terbabit menjelaskan, pemansuhan akta tersebut terserah kepada ahli Parlimen bukan kepada pelajar," tambah Teh.

Bagaimanapun, Teh berpendapat bahawa calon-calon mempunyai hak untuk menentu apa yang ingin diperjuangkan mereka.

"Bukan (hak) HEP untuk menentukan (butiran dalam) manifesto. Ia terserah kepada mahasiswa untuk menerima atau tidak.

"Ini pertama kali dalam sejarah Universiti Malaya, calon bertanding tanpa manifesto," kata Teh sambil menunjukkan manifesto yang tidak diluluskan itu.

Teh turut menyuarakan kebimbangannya mengenai kemungkinan manifesto lima lagi calon kumpulannya akan mengalami nasib yang sama, dengan Koh.

Beliau berkata, setahunya manifesto bagi calon-calon yang bertanding dalam pilihanraya kampus kali ini telahpun diluluskan.

ADS