Penyokong Umno dan Pakatan bertumbuk...
Jimadie Shah Othman
Jan 17, 09
1:46pm
Satu pergaduhan kecil berlaku antara beberapa penyokong Umno dan Pakatan Rakyat di depan Sekolah Menengah Gong Kapas tengahari tadi.

Pergaduhan yang berlaku pada kira-kira 12.15 tengahari tadi
berpunca daripada perbuatan ejek mengejek antara kedua belah pihak di situ.

Penyokong Umno itu dikatakan berada di pejabat Umno Kuala Terengganu yang terletak di sebelah sekolah tersebut, kata sumber Institut Nasional Untuk Ketelusan Pilihanraya (NIEI)- sebuah NGO yang memantau pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu hari ini.

Manakala penyokong PAS dan PKR pula, katanya, sedang berkempen tidak jauh dari situ.

Keadaan itu menyebabkan suasana menjadi tegang dan akhirnya berlaku tumbuk bertumbuk.

Pergaduhan tersebut berlaku selama kira-kira lima minit, sebelum ianya dileraikan oleh beberapa anggota polis yang bertugas di situ.

Menurut sumber itu lagi, tiada ada tangkapan dibuat dan difahamkan ia kemudiannya dilselesaikan secara rundingan antara pihak yang terbabit.

Difahamkan, penyokong Umno dan Pakatan yang terbabit itu, bukan dari Terengganu.

Sebaliknya, mereka datang dari negeri lain untuk membantu kempen parti masing-masing dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner