Kematian A Kugan diklasifikasi kes bunuh

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengklasifikasikan kes kematian Kugan Ananthan dalam tahanan polis, sebagai kes bunuh.

Difahamkan siasatan sedang dijalankan.

Awal hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata satu siasatan penuh akan dijalankan terhadap kematian Kugan.

kugan ananthan 230109Menurutnya, siasatan terperinci akan dijalankan walaupun laporan bedah siasat mendapat Kugan mati kerana terdapat cecair dalam paru-parunya.

Bercakap kepada pemberita di Kuching, Musa berkata pihak polis tidak akan melindungi sesiapa yang terlibat dalam kes kematian Kugan.

Kugan ditahan di Kajang pada 15 Januari lalu berhubung kes kecurian kereta. Lima hari kemudiannya, dia meninggal dunia ketika disoal siasat di Balai Polis Taipan, Subang Jaya.

kugan funeral 230109 family cryingKematiannya telah mencetuskan bantahan awam menyebabkan keluarganya menangguhkan pengkebumiannya untuk melakukan bedah siasat kedua.

Keluarganya yang tidak berpuas hati dengan kematian Kugan mendakwa dia
didera polis kerana ada banyak kesan kecederaan pada tubuhnya walaupun laporan bedah siasat menunjukkan kematiannya adalah akibat paru-paru berair.

Mayatnya kini berada di Pusat Perubatan University Malaya. Difahamkan polis enggan membenarkan keluarganya melakukan bedah siasat kedua.

Laporan polis

Peguam keluarganya, Gobind Singh memberitahu Malaysiakini bahawa beliau akan memohon perintah mahkamah Rabu depan untuk memaksa pihak berkuasa melakukan bedah siasat.

kugan death protest 210109 mother (in red)Keluarga juga telah menghantar memorandum kepada ketua polis negara di ibupejabat polis Bukit Aman hari ihi, menggesa supaya tindakan diambil terhadap anggota polis yang bertanggungjawab terhadap kematian Kugan.

Pada masa yang sama, satu laporan polis telah dibuat terhadap keluarga Kugan kerana menyerbu masuk ke bilik mayat Hospital Serdang malam Selasa lalu untuk melihat mayat Kugan.

Dalam reaksinya, Musa berkata anggota keluarga Kugan tidak sepatutnya pergi ke bilik mayat untuk melihat mayatnya kerana ia boleh dianggap sebagai mengganggu bahan bukti.

kugan detainee death morgue scene 220109Katanya, ia tidak seharusnya berlaku kerana pihak polis akan menjalan siasatan kerana terdapat satu laporan telah dibuat mengenainya.

Semalam, polis berkata, pihaknya akan mengambil kenyataan dari dua timbalan menteri yang turut hadir ketika anggota keluarga Kugan menyerbu masuk ke bilik mayat.

Mungkin didakwa minggu depan

t murugiahSementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri T Murugiah mengesahkan bahawa kematian Kugan dalam tahanan polis dikategorikan sebagai kes bunuh.

Menurutnya, peguam negara telah menghubunginya pagi ini bagi memberitahu tentang perkara itu, untuk dimaklumkan kepada anggota keluarga mangsa serta orang awam.

"Beliau (Abdul Gani) telah mengarahkan pihak polis untuk membuat siasatan rapi dan sekiranya proses siasatan berjalan lancar, kemungkinan besar orang
yang terlibat akan didakwa di mahkamah minggu depan," katanya kepada pemberita di Putrajaya, lapor Bernama.

Murugiah meminta agar ahli keluarga mangsa supaya memberi kerjasama penuh dalam siasatan yang akan dijalankan.

Keluarganya yang tidak berpuas hati dengan kematian Kugan mendakwa dia didera polis kerana ada banyak kesan kecederaan pada tubuhnya walaupun laporan bedah siasat menunjukkan kematiannya adalah akibat paru-paru berair.

Murugiah berkata beliau turut menerima aduan daripada anggota keluarga Kugan, yang antara lain tidak berpuas hati dengan laporan bahawa mereka membuat kecoh di rumah mayat Hospital Serdang, sedangkan mereka cuma merayu untuk melihat mayat Kuhan setelah lapan jam menunggu.

Katanya, mereka juga mendakwa pihak polis gagal memaklumkan kepada ibu bapa atau ahli keluarga terdekat Kuhan dalam masa 24 jam setelah dia ditahan.

"Aduan ini akan saya majukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok supaya dapat diangkat dalam mesyuarat kabinet akan datang untuk dibincangkan," katanya.


 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.