Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hentikan sebar SMS perkauman isu kematian Kugan
Diterbitkan:  Jan 30, 2009 8:00 PM
Dikemaskini: 12:52 PM

Masyarakat India diseru tidak terpengaruh dengan mesej SMS yang bersifat perkauman dan permainan politik pembangkang berhubung kematian A Kugan dalam tahanan polis baru-baru ini.

Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) berharap kaum itu tidak menyebarkan mesej sedemikian yang menyatakan anggota polis India akan dihadapkan ke mahkamah walaupun tiga anggota Melayu yang terlibat.

Kelab itu juga mengesan SMS liar itu antaranya berbunyi "polis makan darah India", kata pengerusinya Datuk Seri Tiong King Sing.

"Saya berasa sangat kecewa dengan penyebaran tidak bertanggungjawab khabar angin melalui SMS sedemikian untuk menimbulkan kebencian masyarakat India terhadap kaum-kaum lain," tambahnya.

Dalam satu kenyataannya hari ini, BNBBC juga memandang berat tindakan pembangkang membangkitkan isu perkauman berhubung kematian Kugan demi meraih sokongan politik.

"Kita harus menyedari bahawa jika kita terus bermain dengan sentimen perkauman atau terperdaya dengan permainan sesetengah pemimpin pembangkang yang tidak bertanggungjawab yang cuba menjuarai isu kaum India, ia akan membawa (kita) ke arah kehancuran perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum," kata Tiong lagi.

Baca berita penuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS