Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

kemaskini 3:36pm Akhbar PKR Suara Keadilan edisi krisis menggelegak politik di Perak menjadi sasaran rampasan Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu lepas, kata ketua penerangannya.

Tian Chua berkata, hampir 20,000 naskhah edisi 4-11 Februari dengan laporan "Perak cabar SPR ke mahkamah" dirampas di seluruh negara.

Beliau menambah, rampasan terbaru itu paling tinggi sejak organ parti itu mula mendapat sokongan meluas pembaca susulan kemenangan besar-besaran PKR dan pembangkang dalam pilihanraya umum, Mac tahun lalu.

suara keadilan perak cabar spr ke mahkamah perak state challenge ec in court 110209 Katanya, rampasan itu disifatkan sebagai satu operasi tersusun KDN apabila jualan Suara Keadilan melonjak pengedarannya kepada 150,000 naskhah setiap minggu.

Rampasan KDN mula dirancakkan ketika pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pertengahan bulan lepas.

KDN juga mengeluarkan surat amaran kepada pengedar di kawasan-kawasan berkenaan.

Dalam sidang medianya di pejabat akhbar tersebut di Brickfields pagi ini, Tian bimbang kementerian akan mendatangkan masalah kepada sidang pengarang apabila permit penerbitannya akan diperbaharui April ini.

"Bagi pihak PKR, saya mengutuk sekeras-kerasnya sekatan pengedaran (akhbar ini) di pasaran untuk rakyat mendapat maklumat bebas.

"Rakyat memerlukan penerangan tepat untuk membandingkan dengan (pengaruh) media yang dikuasai Barisan Nasional," katanya (foto, kanan) .

pkr suara keadilan confiscate by internal ministry 110209 01 Kesal dengan tindakan KDN itu, Tian berkata beliau akan berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Syed Hamid Albar untuk mendapatkan penjelasan pada sidang Parlimen yang dijadual minggu hadapan.

Menurutnya, PKR bersedia menawarkan khidmat guaman kepada semua pengedar lidah rasmi partinya jika mereka dihadapkan ke mahkamah.

Ditanya alasan KDN melakukan rampasan tersebut, Tian berkata:

"Mungkin berita-berita yang disiarkan tidak menyenangkan parti pemerintah. Tapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk merampas.

"Ini akhbar rasmi parti yang beritanya berlegar-legar tentang kami dan mengikut perspektif kami."

Beliau mencadangkan kementerian tersebut menulis surat kepada Suara Keadilan memohon penjelasan jika ada artikel-artikel tertentu yang dimuatkan melanggar peraturan tertentu.

"Terangkan kepada kami. Tidak boleh pergi ke pengedar dan rampas," katanya.

Sementara, penolong pengurus pemasarannya Marina Awanti Nordin berkata rampasan minggu lalu berlaku sekurang-kurangnya di sepuluh lokasi, termasuk di Baling, Batu Pahat, Ampang dan Kuching.

Tambahnya, beliau menerima aduan terbaru tentang tindakan KDN itu daripada pengedar di Manjong, Perak dan Batu Pahat, Johor pagi tadi.

Turut hadir di sidang media itu, editor Suara Keadilan Zulkiflee SM Anwar Ulhaque (foto, kiri) .

harakah confiscated 100209 Akhbar dwimingguan Harakah yang memuatkan edisi-edisi terkini pergolakan politik di Perak juga dirampas di negeri itu dan beberapa negeri lain.

Difahamkan pengedar-pengedar juga diberikan amaran agar tidak menjual tabloid rasmi PAS itu.

KDN semalam mengesahkan operasi rampasan dan amaran dipergiatkan terhadap dua media ini di seluruh negara.

ADS