Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemimpin DAP ketepi perbezaan
Diterbitkan:  Feb 11, 2009 5:17 PM
Dikemaskini: 9:48 AM

Para pemimpin tinggi DAP telah bersetuju untuk mengenepikan perbezaan pandangan antara mereka mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berhubung kemungkinan mengemukakan saman terhadap Sultan Perak.

Ini bertujuan untuk membolehkan mereka memberi tumpuan kepada pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah apabila ditetapkan kelak.

Pengerusi DAP, Karpal Singh, pemimpin veteran Lim Kit Siang dan bekas pengerusi DAP, Dr Chen Man Hin, bermesyuarat selama sejam semalam, di mana mereka bersetuju untuk mengenepikan perbalahan sesama sendiri.

Mereka bersetuju bahawa keutamaan harus diberikan untuk menghadapi pilihanraya kecil berkenaan.

Lim berkata, selepas mengadakan perbicangan, mereka bersetuju bahawa terdapat lebih banyak tugas yang perlu diberi keutamaan.

"Ini untuk memastikan Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah," katanya.

"Kita mahu rakyat Perak dan semua (rakyat) Malaysia menyatakan dengan jelas kepada Barisan Nasional bahawa apa yang mereka lakukan dengan merampas kuasa di Perak adalah tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan.

"Apa juga perbezaan antara kami, telah kami selesai dalam parti dan dalam Pakatan," katanya.

Baca berita penuh

ADS