Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ISA: 3 didakwa anggota JI dibebaskan
Diterbitkan:  Feb 15, 2009 12:37 PM
Dikemaskini: 6:47 AM

Kerajaan telah membebaskan tiga orang yang didakwa menjadi anggota Jemaah Islamiah (JI) selepas mereka ditahan selama lebih lima tahun tanpa bicara, demikian menurut Suaram.

"Kerajaan telah membebaskan mereka dari tahanan," kata penyelaras Suaram Nalini Elunalai.

Pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan mengenainya.

Nalini berkata, ahli perniagaan, Suhaimi Mokhtar dan Mohammad Khider - yang ditahan di bawah ISA, dibebaskan dari Kamunting pada hari Jumaat.

"Kami mahu kerajaan menjelaskan mengapa mereka ditahan lebih dari lima tahun dan mengemukakan apa juga bukti yang ada untuk menahan mereka tanpa bicara," katanya.

"Rakyat Malaysia juga mahu tahu mengapa ketiga-tiga mereka - jika dianggap merbahaya - dibebaskan sekarang dan mengapa mereka kini tidak lagi mengancam negara.

"Ikuti jejak Amerika, tutup Kamunting," katanya.

Nalini berkata, Suaram dan beberapa badan hak asasi manusia akan menganjurkan Mac ini satu kempen menentang ISA serta mendesak supaya Kem Tahanan Kamunting ditutup.

ADS