Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Karpal terima ugutan peluru
Diterbitkan:  Feb 20, 2009 12:47 PM
Dikemaskini: 9:58 AM

Pengerusi DAP, Karpal Singh membuat laporan polis hari ini selepas menerima sepucuk surat ugutan yang mengandungi dua butir peluru.

karpal singh live 9mm bullets warning letter on sultan and malay rights 200209 06 Menurutnya, surat itu dikirimkan dari Ipoh dan diterimanya semalam.

Karpal membuat laporan tersebut di ibupejabat polis Pulau Pinang.

Menurut Karpal surat tersebut dihantar ke rumahnya di Pulau Pinang.

Antara lain, surat itu memberi amaran kepada ahli Parlimen Bukit Gelugor itu supaya jangan mencabar orang Melayu dan Raja Melayu.

Sampul surat itu juga menggunakan setem wajah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Pada 6 Februari lalu, Karpal berkata beliau mahu menyaman Sultan Perak berhubung pelantikan menteri besar baru Perak dari Barisan Nasional.

Bagaimanapun, sehingga ini, Karpal belum berbuat demikian.

karpal singh live 9mm bullets warning letter on sultan and malay rights 200209 02 Pemimpin BN dan penyokong mereka telah melaporkan 100 laporan polis terhadap Karpal berhubung isu tersebut.

Sementara itu menurut Bernama, ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis itu, Karpal berkata peluru bersama sekeping nota itu ditemui dalam satu sampul oleh eraninya pagi semalam.

"Sampul itu ditemui dalam peti surat saya yang beralamat 144A, Jalan Utama, Pulau Pinang oleh kerani saya, Ahad Hassan dan diserah kepada pejabat firma guaman saya di No 17 Green Hall, di sini.

"Sebaik diterima, ia dibuka oleh seorang lagi kerani Nazimah, sampul itu mengandungi dua butir peluru hidup dan sekeping nota bertulisan tangan," katanya.

Karpal Singh menggesa polis mengadakan siasatan teliti kerana pengirimnya engugut mahu membunuh keluarga.

Ahli politik itu percaya ugutan mempunyai kaitan dengan isu politik di Perak.

ADS