Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sultan akan tentukan tarikh sidang DUN Perak
Diterbitkan:  Feb 21, 2009 5:42 PM
Dikemaskini: 11:18 AM

Tarikh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, akan ditentukan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, kata Menteri Besar Datuk Dr Zamby Abdul Kadir.

"Kita ada tempoh enam bulan, terpulang kepada Tuanku Sultan Perak untuk menentukan masa yang sesuai,' katanya selepas merasmikan program 'membina negara bangsa' peringkat negeri di Ipoh hari ini.

Kali terakhir DUN bersidang pada November tahun lalu. Berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, DUN perlu mengadakan sidang dalam tempoh enam bulan dari sidang terakhir.

dr zambry abd kadir perak new cm bn 050209 Semalam, Zambry berkata beliau akan tetap menghadiri sidang DUN walaupun Speaker V Sivakumar mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang beliau dan enam exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN, lapor Bernama.

Sivakumar yang mengetuai Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN telah mengumumkan Zambry digantung dan dilarang menghadiri sidang DUN selama 18 bulan manakala enam exco kerajaan negeri selama 12 bulan kerana didakwa menghina DUN.

Tindakan Sivakumar itu dipertikai pelbagai pihak termasuk Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menganggap keputusan jawatankuasa berkenaan tidak boleh dikuatkuasakan selagi tidak disahkan di sidang Dewan.

Menjawab soalan pemberita, Dr Zambry berkata, kedudukan beliau sebagai ketua kerajaan negeri Perak adalah jelas tetapi telah cuba diberi tanggapan yang sebaliknya oleh pihak tertentu.

'Putarbelit fakta'

"Saya Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan Perak, ini proses yang jelas tetapi ada yang putar-belitkan," katanya diminta mengulas pertanyaan peserta program tersebut mengenai kedudukan beliau sebagai menteri besar dan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menurutnya, walaupun perkara itu telah berkali-kali diperjelaskan, namun disebabkan masih ada pihak yang memutar-belitkan fakta.

Oleh itu, kata Dr Zambry tanggapan wujudnya krisis perlembagaan dan undang-undang dalam proses peralihan kuasa, terus didengari.

Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri Perak yang baru dan Zambry dilantik menteri besar selepas menguasai majoriti kerusi DUN apabila empat wakil rakyat Pakatan Rakyat, tiga mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas dan seorang lagi kembeli menyertai Umno bulan lalu.

Ditanya kenapa Penasihat Undang-Undang Negeri Perak tidak memberi kenyataan untuk menjelaskan kedudukan daripada segi perlembagaan dan undang-undang,

Dr Zambry berkata sebagai pegawai kerajaan, beliau terikat dan tidak boleh membuat kenyataan kepada media.

ADS