Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes Nizar lwn Zambry: Hakim tarik diri
Diterbitkan:  Feb 25, 2009 11:12 AM
Dikemaskini: 7:24 AM

Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamad Ariff Md Yusof hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar kes berhubung jawatan menteri besar Perak.

Mohamad Ariff - bekas rakan kanan dalam firma guaman Cheang and Ariff dan bekas ahli PAS - memutuskan demikian ekoran bantahan daripada Jabatan Peguam Negara.

Penasihat Undang-undang Perak, Ahmad Kamal Mohd Shahid, yang berkata beliau mewakili Datuk Zambry Abdul Kadir, juga turut mengemukakan bantahan pelanggannya terhadap Mohamad Ariff mendengar kes tersebut.

Menteri Pesar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai peguam kanan, Sulaiman Abdullah.

Pejabat Peguam Negara diwakili oleh Kamaluddin Md Said dan Suzana Atan.

Mohamad Ariff berkata keputusan dibuat demi ketelusan dan keadilan bagi mengelak sebarang andaian yang beliau berat sebelah.

Bagi mengelak prasangka dan spekulasi, hakim itu menjelaskan bahawa beliau bukan lagi menjadi ahli mana-mana parti politik kerana telah meletak jawatan daripada PAS sebelum menerima pelantikan sebagai pesuruhjaya kehakiman.

Mohamad Ariff berkata kes itu diserahkan kepadanya bukan kerana beliau memintanya tetapi sebagai satu tugasan biasa.

Dalam reaksinya, Nizar berkata, beliau menghormati keputusan pesuruhjaya kehakiman tersebut.

Beliau juga juga yakin akan menang dalam kes tersebut.

[Baca berita penuh]

ADS