Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy telah dimasukkan ke sebuah hospital di London selepas mengalami masalah berkaitan dengan jantung.
Isterinya, K Nageswary memberitahu, Waythamoorthy dimasukkan ke hospital awal pagi ini selepas mengadu terlalu lemah.
"Beliau mengalami banyak tekanan dalam minggu-minggu kebelakangan ini. Saya bercakap dengannya semalam dan dia kedengaran sangat letih," katanyakepada Malaysiakini.
Nageswary, seorang peguam di Seremban berkata, suaminya mengalami masalah degupan dan bengkak jantung.
"Para doktor memberitahu (seorang rakannya) bahawa Waytha perlu dimasukkan ke hospital untuk beberapa hari supaya dapat berihat sepenuhnya. Pada masa ini, saya diberitahu, keadaannya agak teruk.
"Saya tidak tahu yang nak buat selepas ini. Saya berharap penyokong Hindraf di UK akan menjaganya," kata Nageswary yang juga dikenali sebagai Shanti. Baca berita penuh