Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saiful adu kepada polis fitnah blog
Diterbitkan:  Mar 3, 2009 3:29 PM
Dikemaskini: 10:21 AM

Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis hari ini terhadap blog yang mendakwa beliau kini tenat akibat sumpah laknat yang dibuatnya tahun lepas.

Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, yang hadir di balai polis Damansara jam 11 pagi bersama-sama bapanya Azlan Mohd Lazim dan peguam, Zamry Idrus, selesai membuat laporan 45 minit kemudian.

saiful bukhari blog 020808 Katanya, laporan itu dibuat bagi meminta polis menyiasat penulis blog dan pengendali laman web berkenaan yang memfitnahnya dengan mengatakan bahawa beliau kini terpaksa menggunakan tiub bagi membolehkannya membuang air besar serta alat sulitnya bernanah, lapor Bernama .

"Mereka itu mendakwa ia adalah balasan akibat termakan sumpah laknat yang telah saya buat.

"Ini adalah pembohongan besar dan fitnah jahat yang tidak benar sama sekali. Saya amat sihat," katanya selepas membuat laporan polis itu.

Mohd Saiful berkata beliau kini dalam proses meneliti segala maklumat yang ada sebelum memfailkan saman terhadap blog yang beroperasi di Pahang itu.

Katanya, beliau juga sedang meneliti untuk menyaman bekas imam Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi kerana didakwa memutarbelit kenyataan berhubung sumpah laknat yang dibuat di hadapan imam itu, Ogos tahun lepas.

"Beliau sebelum ini berkata pegawai khas Timbalan Perdana Menteri yang mengatur sumpah tersebut, namun kenyataannya baru-baru ini bercanggah kerana ia dikatakan diatur oleh pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah," beliau dipetik berkata.

Ramlang merupakan saksi pada majlis bersumpah Mohd Saiful yang dilakukan mengikut syariat Islam di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada 15 Ogos lepas bahawa beliau bercakap benar atas dakwaannya diliwat oleh penasihat PKR itu.

Sewaktu dihubungi Malaysiakini , peguam Ramlang berkata bekas imam itu bersedia diseret ke mahkamah berhubung dakwaan Mohd Saiful itu.

Ahmad Nizam Hamid berkata, anak guamnya menafikan pernah memfitnah pegawai khas itu dan, tambahnya, Mohd Saiful pula tidak boleh boleh memfailkan saman bagi pihak seorang lain.

ADS