Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes liwat Anwar ke Mahkamah Tinggi
Diterbitkan:  Mar 5, 2009 10:27 AM
Dikemaskini: 8:30 AM

saiful bukhari azlan and anwar ibrahim 150808 2 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan rayuan pihak pendakwaraya untuk memindahkan perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah berkata sijil pemindahan kes yang dikeluarkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail adalah sah, dan menolak bantahan yang dibangkitkan oleh peguam pembela.

Beliau mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen SM Komathy supaya kes tersebut dibicarakan di mahkamah berkenaan.

Kes tersebut akan disebut di Mahkamah Sesyen Selasa depan untuk menetapkan tarikh bagi memindahkannya ke Mahkamah Tinggi.

sankara pc on anwar 150708 01 Peguam Anwar berkata mereka akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan hari ini dan dijangka berbuat demikian esok.

Peguam Sankara Nair berkata beliau kecewa apabila dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.

Pada 7 November lalu, Hakim Komathy menolak permohonan untuk memindahkan kes tersebut, sambil berkata "kes ini menimbulkan situasi yang unik di mana sebarang pembabitan AG dalam kes ini akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kehakiman kes jenayah".

Komathy juga dilapor berkata, terdapat persefahaman bahawa AG tidak akan terbabit dalam kes ini. Jaminan itu diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad selepas ditemui Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

lingam tape panel meeting 031007 abdul gani patail Abdul Gani masih disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR), ekoran laporan polis yang dibuat oleh Anwar yang mendakwa berlaku pengubahan bahan bukti dalam kes 'mata lebam' pada 1988.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh, didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum sehingga 20 tahun penjara. Beliau kini dibebaskan dengan jaminan peribadi sebanyak RM20,000.

Baca berita penuh

ADS