Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Waytha semakin serius dan mahu pulang...
Diterbitkan:  Mar 5, 2009 2:46 PM
Dikemaskini: 8:25 AM

Pengerusi Hindraf, Waythamoorthy menghidap sakit jantung yang jarang berlaku dan sedang berusaha mendapatkan jaminan kerajaan untuk membenarkan beliau pulang mendapat rawatan lanjut di Malaysia.

Beliau kini sedang dirawat di sebuah pusat jantung di London dan telah menjalani rawatan 'angioplasty' Isnin lalu.

Kenyataan penyelaras Hindraf (New York) R Shan hari ini menyebut, sewaku melakukan prosedur tersebut, para doktor mendapati Waythamoorthy menghidap sejenis penyakit jantung yang jarang berlaku.

waythamoorthy in hospital in london 050309 02 "Pakar kardiologi mendapati sebelah kanan jantungnya bengkak dan denyutan jantung yang tidak normal, yang dalam kebanyakan kes, boleh menyebabkan kematian mengejut," kata Shah.

Difahamkan, isteri Waythamoorthy - K Nageswary - telah berlepas ke London Selasa lalu untuk menemaninya.

Shah menambah, para doktor tidak pasti punca bahagian kiri jantungnya bengkak.

Mereka juga mengesahkan bahawa tidak pembentukan tisu yang tidak normal di kawasan terbabit.

Waythamoorthy perlu menjalani satu lagi pembedahan untuk memasangkan satu alat bantuan pada jantungnya.

Bagaimanapun, pemimpin Hindraf itu tidak mahu menjalani rawatan lanjut di London dan mahu pulang ke Malaysia untuk mendapat rawatan supaya beliau dapat bersama dengan keluarganya.

Shah berkata, oleh itu, adalah penting kerajaan Malaysia mengeluarkan pasport baru kepada Waythamoorthy untuk penggantikan pasportnya yang sudah dibatalkan.

Menurutnya, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London boleh mengeluarkan pasport baru kepada Waythamoorthy

Baca berita penuh

ADS