Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengerusi DAP Karpal Singh tidak pernah dikasari oleh pemimpin-pemimpin Pemuda Umno Selangor dalam kekecohan di Parlimen minggu lepas, kata ketua Pemudanya.

"Sepanjang insiden (kekecohan itu), tidak ada kekasaran. Tidak gugur sehelai pun rambut Karpal Singh.

Selangor Umno Youth Mob Karpal Singh Abdul Syukur Idrus 050309 05 "Kekecohan dimulakan oleh ahli parlimen DAP, Pemuda (Umno) Selangor tidak mulakan.

"Pemuda (Umno) Selangor tidak tergamak untuk memulakan serangan kepada Karpal Singh," kata Abdul Syukur Idrus dalam sidang media di Shah Alam hari ini.

Beliau, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang berkata, sewaktu kekecohan tersebut berlaku, peguam dan ahli parlimen Bukit Gelugor itu sudah beredar dan tidak lagi berada di situ.

Abdul Syukur juga mendakwa sekurang-kurangnya empat kali provokasi dicetuskan oleh ahli-ahli Parlimen DAP termasuk Gobind Singh Deo (Puchong).

Rakaman video

Bentuk-bentuk provokasi yang dimaksudkannya itu bagaimanapun tidak dihuraikan.

Rakaman video dan gambar kejadian dalam format CD diedarkan kepada wartawan bagi membuktikan dakwaan mereka.

Ditanya mengenai tindakan mereka selanjutnya, Abdul Syukur berkata, mereka tidak bercadang untuk membuat laporan polis sebaliknya mahu memberi penjelasan situasi sebenarnya kepada rakyat.

Selangor Umno Youth Mob Karpal Singh Abdul Syukur Idrus 050309 02 "Kami lebih suka kepada keamanan. Kami nak beritahu (rakyat) apa yang (sebenarnya) berlaku.

"Ini kerana kami tidak pernah merancang untuk memulakan tindakan (kekecohan) ini," kata Abdul Syukur.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdullah menyifatkan kekecohan tersebut, tidak sepatutnya berlaku.

Ini kerana mereka bertemu dengan Karpal dengan "cara yang baik" untuk mendapatkan penjelasan dari pengerusi DAP itu berhubung perkataan "celaka" yang ditujukannya kepada Pemuda Umno ketika berucap di Dewan Rakyat serta mengenai dua butir peluru yang diterimanya.

Dalam sidang media itu juga, kata Latt Sharizan, Pemuda Umno Selangor mengemukakan tiga usul kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Ahli Parlimen berkaitan salah laku Karpal dan Gobind agar dikenakan tindakan sewajarnya diambil.

Selangor Umno Youth Mob Karpal Singh Abdul Syukur Idrus 050309 01 Mereka juga mendesak Karpal dan anaknya, termasuk wakil rakyat DAP terbabit yang lain, agar memohon maaf kepada ahli Parlimen dan rakyat di atas pembohongan mereka mengenai apa yang sebenarnya berlaku di Parlimen.

Pemuda Selangor juga, katanya, mengusulkan agar satu tataetika perlakuan dan adab yang harus diikuti oleh ahli Parlimen, terutama sewaktu berada di luar, khususnya ketika berinteraksi dengan rakyat.

Usul tersebut, tambah Latt Sharizan, akan dikemukakan kepada jawatankuasa tersebut Selasa depan.

Ditanya mengenai siasatan polis, Latt Sharizan berkata pihaknya telah melantik peguam untuk meneliti kes tersebut.

ADS