Sejarah tidak pernah surut dengan kisah ngeri, janggal dan membingungkan, termasuk dalam isu penafian kebebasan dan penapisan. Filasuh Socrates dihukum bunuh kerana pandangan hidupnya dan titik akhir hayatnya meminum racun diabadikan sebagai tragedi hidup manusia.
Namun wacana mengenainya berlanjutan. Setelah ribuan tahun, sejarawan IF Stone masih mempertahankan keputusan mentadbir Athens. Dalam bukunya, The Trial Of Socrates, filasuf tersebut dianggap penghasut dan pengancam keselamatan!
Demikian pula dengan tindakan gereja katholik yang jelas memihak golongan sains dengan hukuman terhadap Galileo umpamanya yang kemudiannya mencetuskan kebangkitan aliran Protestaut Luther.
Senarai buku yang diharam bergondol-gondol dalam indeks Librarum Prohibitorum. Kita tidak menyangkal akan terdapatnya alasan munasabah dari sudut agama dan akhlak.
Malangnya, tidak pula dinafikan sikap keterlaluan, kejahilan terhadap peradaban yang dibicarakan yang berpunca daripada pandangan sempit.
Sejarah Islam yang memperlihatkan beberapa pengalaman jelek akibat penentangan Sunni-Syiah, pertelingkahan Mazhab atau kerana kezaliman penguasa. Tokoh Sufi Mansur Al Hajjaj dihukum bunuh kerana kenyataannya yang dianggap boleh mengelirukan khalayak, iaitu 'Ana Al Haq'.
Ulama terkemuka Andalusia (Sepanyol), Abu Mohammad Ali Abu Hazm menjadi mangsa percaturan politik di akhir dinasti Umayyah di Kordova. Beliau diusir, dipenjara dan buku-bukunya diharamkan.
Dalam kitabnya Al Rudd, beliau menyimpulkan permasalahan fitnah semasa an fasad, yakni kerosakan dan rasuah akibat penindasan penguasa dan ulama yang mendukung kezaliman tersebut.