Most Read
Most Commented
Read more like this

Pengunduran Tun Dr Mahathir Mohamad menamatkan satu sejarah Malaysia yang penuh kontroversi. Setakat ini, yang dipaparkan di media ialah sanjungan berupa pendewaan.

Seluruh jentera termasuk syarikat-syarikat milik kerajaan dikerahkan menonjolkan kegagahan dan

kekuatan beliau, seolah-olah selama dua dasawarsa mentadbir negara, tidak terdapat sebarang kelemahan

pun!

Senario ini saja sudah cukup untuk membuktikan kecacatan utama pemerintahannya; pemikiran rakyat yang dikongkong dengan propoganda. Pandangan alternatif atau kritikan dilarang sama sekali.

Hanya perlu diucapkan syabas kepada media utama kerana pemujaan beserta ucapan selamat tinggal yang dijaja saban waktu selama sebulan mematikan sebarang kemungkinan untuk Mahathir memungkiri janjinya untuk bersara.

Tetapi sebagai seorang yang pernah akrab dengan Mahathir, dan melihat reaksi beliau tatkala soalan persaraan dibangkitkan, beliau tidak selesa dengan keputusannya.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS