Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Para peneroka Kampung Rimba Jaya telah meneroka, membina rumah dan mendiami kampung tersebut sejak 30 tahun yang lalu. Pada awalnya, Rimba Jaya merupakan salah sebuah perkampungan peneroka yang besar di Selangor, dengan lebih 1,000 keluarga . Lebih 80 peratus penduduk kampung ini adalah keluarga Melayu manakala yang selebihnya keluarga India dan lain-lain .

Sejak tahun 2003, pemaju swasta Khidmat Tulen Sdn Bhd telah merancang untuk membangunkan tanah yang diduduki warga peneroka ini. Khidmat Tulen Sdn Bhd telah mempergunakan jentera kerajaan tempatan dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengusir dan merobohkan rumah peneroka Kampung Rimba Jaya .

MBSA telah menggunakan Ordinan Darurat 1969 Pembersihan Setinggan untuk merobohkan 12 rumah peneroka yang betul-betul berada di tapak projek Khidmat Tulen Sdn Bhd. Apabila kes didengar oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 November 2003, MBSA telah membongkar bahawa kerajaan negeri yang memberikan arahan untuk kerja perobohan tersebut dan bukannya tuanpunya tanah swasta tersebut .

Sejak itu, peneroka Rimba Jaya telah menyedari penyelewengan yang berlaku dan mula memahami bagaimana kerajaan negeri dan pemaju swasta berganding bahu untuk merampas tanah yang mereka duduki sejak 30 tahun yang lalu.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS