thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Misi selamatkan makanan di bulan Ramadan

Program "MySaveFood Ramadan" merupakan inisiatif yang dijalankan oleh sukarelawan orang awam, pelajar, dan badan bukan kerajaan GEMA untuk mengurangkan pembaziran makanan di Malaysia, terutamanya semasa bulan Ramadhan.

Program ini melibatkan 77 bazar Ramadan di seluruh Malaysia di mana peniaga akan menyumbangkan lebihan makanan yang tidak terjual kepada badan bukan kerajaan tersebut untuk diedarkan kepada golongan yang memerlukan, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan flat.

Dalam pelaksanaannya, setiap lebihan makanan dan minuman dari bazar Ramadan akan ditimbang dan direkodkan, kemudian disaring bagi memastikan kualitinya masih baik sebelum diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

Data statistik tempatan menunjukkan bahawa pembaziran makanan di Malaysia mencapai sehingga 3,000 tan setiap hari, dengan peningkatan sebanyak 15 hingga 20 peratus semasa bulan Ramadhan.

Melalui program "MySaveFood Ramadan," sebahagian besar makanan tersebut dapat diselamatkan dan disalurkan kepada lebih banyak individu yang memerlukan, memberikan impak positif yang signifikan kepada masyarakat.