Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan

Kejayaan skuad bimbingan jurulatih Lim Teong Kim menjuarai Piala Iber 2015 di Estoril, Portugal hanya permulaan kebangkitan sukan bola sepak negara.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak mahu pemain remaja bawah 13 tahun itu hilang fokus dengan publisiti yang diperoleh menerusi kejayaan mereka.

"Kejayaan mereka merupakan hasil daripada pelaksanaan program pembangunan bola sepak negara yang baru setahun dilaksanakan.

Mereka perlu mengekalkan corak permainan yang teratur, kemas dan berkesan sehingga mereka dewasa," katanya kepada pemberita.

Pasukan bola sepak bawah 13 tahun negara menewaskan pasukan Sporting Lisbon dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan akhir piala itu pada Sabtu lalu.

Iber Cup ialah antara kejohanan bola sepak peringkat belia paling berprestij di dunia dan merupakan kejohanan yang disertai skuad bawah 13 tahun negara dalam siri jelajah Eropah.

    

- Bernama

Lihat Komen
ADS