Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Artis soal KJ: Sokong MU pula macam sokong BN?
Diterbitkan:  Aug 10, 2015 12:27 PM
Dikemaskini: 9:56 AM

Video kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyamakan menyokong Liverpool dengan menyokong PAS, membuatkan seorang artis tampil membela pasukan kesayangannya.

Penyanyi terkenal tanah air, Faizal Tahir nampaknya begitu marah dengan kenyataan Khairy walaupun ia mungkin hanya gurauan.

Dalam tulisan di akaun Instagramnya, Faizal mengaku seorang penyokong Liverpool.

"Serius KJ? Lawak yang sangat buruk. Sebetulnya saya hilang hormat kepada lelaki ini. Saya penyokong sejati Liverpool, berdarah merah Liverpool.

"Saya sokong mereka ketika turun dan naik.

"Saya tahu Manchester United (Man U) satu pasukan hebat dan saya menghormati mereka sebagai kelab terbesar di dunia.

"Tetapi ini? Kebodohan menghancurkannya. Saya pasti peminat Man U tidak begitu bodoh kerana ini," kata Faizal.

Astro Awani semalam memuat naik sebuah video bertajuk "sokong Liverpool sama seperti sokong PAS - KJ" yang mendapat perhatian ramai khususnya peminat bola sepak.

Sementara itu tambah Faizal, jika menyokong Liverpool seperti menyokong PAS, tidak salah dia katakan menyokong Man U juga seperti menyokong BN.

"Mungkin KJ hanya menjawab (soalan) mengenai Liverpool sekadar berjenaka. Jadi tiada persoalan, jika dia boleh bergurau saya pun bergurau juga," katanya yang turut memuat naik video kenyataan Khairy tersebut.

Lihat Komen
ADS