Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Neymar ke Old Trafford: Betul atau tidak?
Diterbitkan:  Aug 26, 2015 7:22 PM
Dikemaskini: 11:44 AM

Terlepas Pedro kepada Chelsea, Manchester United dilaporkan mengintai peluang menyambar pemain Brazil, Neymar dengan mencadangkan tawaran bernilai €190 juta (RM922 juta).

Akhbar The Guardian melaporkan Neymar yang telah memenangi Liga Juara-juara, La Liga dan Copa del Rey bersama Barcelona musim lalu terbuka dengan ide perpindahan ke MU.

Sumber yang mendakwa rapat dengan Neymar memberitahu, pemain berusia 23 tahun itu memang berminat beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Neymar juga, katanya, tertarik dengan reputasi dan sejarah kelab bergela Syaitan Merah itu.

Namun, khabar itu dinafikan Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu Floreta yang menganggap perpindahan Neymar sekadar khabar angin.

"Neymar gembira di Barca. Kita tidak mahu Neymar meninggalkan Barcelona sama sekali.

"Dalam masa beberapa bulan ini kita akan membincangkan kontrak lanjutan. Neymar masih ada kontrak tiga tahun ketika ini.

"Kami mahu dia kekal selama bertahun-tahun - tiga, lima, 10 atau 15 tahun lagi dengan kami," katanya.

Difahamkan Ketua Eksekutif MU, Ed Woodward masih berada di Bacelona untuk berbincang mendapatkan khidmat Neymar sama - ada untuk musim ini atau musim depan.

Neymar akan memperolehi gaji sebanyak £300,000 (RM1.99 juta) seminggu sekiranya bersetuju berpindah ke Old Trafford.

Lihat Komen
ADS