Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Tour De Siak: T'ganu hantar pelumba terkemuka

Terengganu berazam untuk mengekalkan kejuaraan pada kejohanan lumba basikal Tour de Siak Riau yang akan berlangsung di Riau, Indonesia pada 16 Sept ini.

Jurulatih berbasikal Terengganu, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata lima pelumba dipilih untuk membawa cabaran pasukan tersebut di kejohanan selama empat hari itu.

"Kita akan hantar pelumba terkemuka tetapi nama mereka masih kita rahsiakan kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan," katanya kepada Bernama pada Selasa.

Menurut Syed Hussaini, tahun lepas Terengganu menerusi Harris Salleh merangkul jersi hijau untuk Raja Pecut selain menjuarai dua peringkat perlumbaan dan dua gelaran keseluruhan dalam perlumbaan sejauh 520km itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS