Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 bertemu Emeriah Arab Bersatu (UAE) malam ini, skuad bola sepak negara dilihat akur bahawa skuad yang dibentuk kurang sempurna.

Hal itu diakui sendiri oleh jurulatih Dollah Salleh.

"Kami menghadapi Bangladesh pada perlawanan persahabatan (Sabtu lalu) dan gagal meraih kemenangan apabila sekadar seri 0-0. Jadi persiapan menghadapi UAE boleh dianggap idak begitu sempurna.

"Tapi berdasarkan persembahan pemain pada separuh masa kedua menentang Bangladesh itu, mereka bermain dengan baik. Cuma masalah utama kami, penyerang gagal menjaringkan gol," katanya di sidang media di Stadium Mohamed bin Zayed, Abu Dhabi, semalam.

Selepas seri dengan Timor Leste dan diaibkan Palestin sebelum ini, Harimau Malaya memang semakin goyah apabila berdepan UAE - merupakan antara pasukan terbaik di Asia.

Bukan soal mudah atau sukar

Berdepan pasukan ditangga ke-70 dunia itu diakui Dollah sebagai tugas sukar walaupun misi mereka memburu sekurang-kurangnya meraih satu mata.

"Selepas kami tewas 0 - 6 kepada Palestin, saya yakin pemain mahu memandang ke hadapan untuk memberikan yang terbaik menentang UAE," katanya.

Harimau Malaysia kini berada di kedudukan kelima - dan terakhir -- kumpulan A berbanding UAE di tangga ketiga.

Tidak seperti perlawanan pertama dan kedua sebelum ini, skuad negara kali ini turut dibarisi beberapa pemain Harimau Muda B.

Kehadiran S Kumaahran, Nazirul Naim Che Hashim dan Syahrul Azwari Ibrahim sekali gus mengetepikan pemain senior seperti Safee Sali, Indra Putra Mahayuddin, Muslim Ahmad dan Mahali Jasuli.

Selain itu, kelibat pemain yang beraksi cemerlang di kancah Liga Super 2015 bersama pasukan masing-masing sebelum ini turut menjadi taruhan Harimau Malaya.

Antaranya Norfarhan Mohamad, Wan Zack Haikal Wan Nor, Badrol Bakhtiar, Amri yahyah dan kapten Syafiq Rahim serta penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Sementara itu, Jurulatih UAE, Mahdi Ali, memberi isyarat apabila menceritakan persediaan mereka mengekang Malaysia.

"Ini perlawanan penting, jadi kami cukup bersedia untuk menghadapinya.

"Kami tahu, faktor cuaca panas dan kelembapan tinggi ketika ini tetapi itu bukan alasan utama.

"Mengenai perlawanan bertemu Malaysia, saya tak anggap ia perlawanan mudah atau sukar kerana tiada yang mustahil apabila kita dapat lihat semua pasukan negara Asia sudah meningkat sejak tiga atau empat tahun kebelakangan ini," katanya.

Lihat Komen
ADS