Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
TMJ: Bookie masih aktif di Malaysia
Diterbitkan:  Sep 27, 2015 2:45 PM
Dikemaskini: 6:51 AM

Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim melahirkan kebimbangan beliau terhadap "pengaturan perlawanan" dan menggesa masalah itu ditangani FAM.

"Pengaturan perlawanan (bola sepak) di Malaysia masih aktif dan ini membimbangkan, FAM perlu bertindak lebih tegas terhadap mereka yang terlibat.

"Sebagai contoh, jika mereka mempunyai bukti dan ada pemain yang yang ditangkap kerana mengatur perlawanan, dia perlu digantung seumur hidup. Bukan hanya mengharamkan (digantung) selama tiga bulan, denda RM3,000 dan dibenarkan bermain semula.

"Itu tidak akan memberi penyelasaian," kata Tengku Mahkota Johor (TMJ) itu ketika ditemuramah agensi berita BBC.

Tambah beliau, ketiadaan akademi untuk mendisiplinkan pemain muda dan isu pembayaran gaji serta kekurangan dana turut menjadi faktor gejala rasuah itu berlaku.

Sementara itu, ditanya mengenai kekalahan memalukan 0 - 10 Harimau Malaya kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019, Tunku Ismail menyifat ia satu kejutan mengerikan.

Memang perlu jurulatih asing

Dalam temuramah sempena kejayaan JDT melangkah ke peringkat separuh akhir Piala AFC Tunku Ismail melahirkan keyakinan melalui cara kepimpinan JDT akan disusuli pasukan lain termasuk pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

"Mereka yang mengendalikan bola sepak di Malaysia tidak mengambil berat perkembangan sukan itu, mereka tiada perasaan terhadap sukan dan tidak suka kepada perlawanan.

"Tetapi hanya melihat kami mengurus (JDT) untuk layak dan berada di peringkat separuh akhir (AFC), ia sesuatu yang amat membanggakan.

"Saya yakin walaupun kita tidak mampu mengubah wajah bola sepak negara, apa sahaja yang kita lakukan secara tidak langsung akan memaksa pasukan lain dalam liga Malaysia bertindak seperti mana kami bertindak," katanya.

TMJ berkata, perkata itu termasuk pembangunan di peringkat remaja, menaik taraf kemudahan bola sepak dan menghapuskan gejala rasuah dalam sukan itu.

Selain itu tambah beliau, Malaysia tidak boleh menafikan bahawa pasukan negara memerlukan kepakaran dan bantu asing seperti jurulatih sebelum diambil alih oleh jurulatih tempatan dengan pengetahuan yang diperolehi.

Lihat Komen
ADS