Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Fazrul raih kemenangan sulung kejuaraan ARC 2015

Pelumba cub prix negara, Ahmad Fazrul Sham meraih kemenangan sulung pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2015 selepas memenangi kategori Underbone 130cc pada pusingan kelima perlumbaan di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, awal Ahad.

Pelumba pasukan Horse Oil William Yamaha Racing Team itu menamatkan tujuh pusingan perlumbaan dengan catatan 18 minit 13.062 saat untuk meraih 25 mata, demikian menurut kenyataan dikeluarkan oleh ARRC.

Dua lagi pelumba negara, S. Sasitharen yang mewakili pasukan T Pro Yuzy Honda NTS dan pelumba pasukan Felda PB Yamaha Racing, Md Fareez Afeez meraih tempat kedua dan ketiga, selepas masing-masing mencatat 18'13.437 saat dan 18'13.465 saat.

Kemenangan itu membolehkan Ahmad Fazrul naik satu anak tangga ke kedudukan keempat keseluruhan kategori berkenaan, dengan kutipan 81 mata selepas lima pusingan perlumbaan.

Pelumba pasukan Faito Factory Yamaha Racing, Anggi Permana Putera dari Indonesia yang sebelum ini, menduduki tangga keempat, turun ke tangga kelapan setelah gagal menamatkan perlumbaan.

Dalam pada itu, pelumba pasukan Musashi Boon Siew Honda Racing, Mohd Zaqhwan Zaidi sekadar menduduki tempat keempat kategori SuperSport 600cc selepas mencatat 31 minit 38.830 saat pada 15 pusingan perlumbaan.

Rakan sepasukan Md Zaqhwan, Yuki Takahashi dari Jepun memenangi perlumbaan berkenaan buat kali kelima berturut-turut dengan catatan 31 minit 18.704 saat, sekali gus menghampiri kejuaraan keseluruhan dengan baki satu pusingan perlumbaan.

Pelumba Indonesia, Ahmad Yudhistira yang mewakili pasukan Manual Tech KYT Kawasaki meraih tempat kedua selepas ketinggalan 9.196 saat di belakang Takahashi, manakala seorang lagi pelumba Jepun, Tomoyoshi Koyama dari pasukan T Pro Yuzy Honda NTS menduduki tempat ketiga dengan masa 31'38.809 saat.

Kemenangan itu membolehkan Takahashi mengumpul 177 mata, berkelebihan 44 mata ke atas Koyama manakala Yudhistira di tangga ketiga dengan 123 mata.

Pusingan terakhir perlumbaan ARRC akan berlangsung di Litar Buriram, Thailand dari 3 hingga 6 Dis ini.

KEPUTUSAN:

Underbone 130cc:

1. Ahmad Fazrul Sham (MAS) - 18 minit 13.062 saat

2. S. Sasitharen (MAS) - 18'13.437s

3. Md Fareez Afeez (MAS) - 18'13.465s

4. Gupita Kresna Wardhana (INA) - 18'13.476s

5. Md Amirul Ariff Musa (MAS) - 18'13.496s

6. Md Azam Omar (MAS) - 18'13.504s

7. Ferlando Herdian (MAS) - 18'13.513s

8. Reza Fahlevy (INA) - 18'13.541s

9. Md Adib Rosley (MAS) - 18'13.683s

10. Elli Idzlianizar Ilias (MAS) - 18'13.689s

11.Norizman Ismail (MAS) - 18'13.988s

13.Md Azhar Abdul Jalil (MAS) - 18'15.883s

14. Md Affendi Rosli (MAS) - 18'20.665s

17. Md Shah Khairil Hisham (MAS) - 19'01.259s

SuperSport 600cc:

1. Yuki Takahashi (JPN) - 31 minit 18.704 saat

2. Ahmad Yudhistira (INA) - 31'27.900s

3. Tomoyoshi Koyama (JPN) - 31'38.809s

4. Mohd Zaqhwan Zaidi (MAS) - 31'38.830s

5. Jakkrit Swangswat (THA) - 31'38.949s

6. Yuki Ito (JPN) - 31'39.105s

7. Andi Farid Izdihar (INA) - 31'42.144s

8. Noriyuki Haga (JPN) - 31'44.127s

9. Mitsunori Okamura (JPN) - 31'47.488s

10. Hazlanshah Mohd Noor (MAS) - 31'50.779s

12. Mohd Fitri Ashraff Razali (MAS) - 31'51.364s

19. Mohd Akmal Hisyam (MAS) - 33'09.866s

- Bernama

Lihat Komen
ADS