Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
FAM didenda RM180,000, beraksi tanpa penonton
Diterbitkan:  Oct 5, 2015 5:50 PM
Dikemaskini: 11:24 AM

Susulan insiden rusuhan penonton di Stadium Shah Alam ketika aksi kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 Malaysia dan Arab Saudi 8 September lalu, FAM menerima tiga hukuman daripada FIFA.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jawatankuasa Tatatertib FIFA mendenda Malaysia dengan beraksi tanpa penyokong pada perlawanan seterusnya kumpulan A bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) 17 November depan.

Kejadian memalukan itu juga menyebabkan FAM turut dikenakan denda sebanyak Swiss Franc 40,000 (RM180,198) berserta amaran.

Skuad Harimau Malaya juga dikira tewas 0-3 kepada Arab Saudi pada perlawanan itu.

"Selepas menganalisis setiap aspek mengenai kejadian itu khususnya melalui laporan pegawai perlawanan, video dan gambar berkaitan dan tahap keseriusan insiden.

Menurut FIFA, prosiding tatatertib dibuka selepas kejadian dengan mengambil kira semua aspek termasuk pengggunaan bom asap dan suar yang mengakibatkan perlawanan terpaksa dibatalkan pada minit ke-88.

Sementara itu, Jawatankuasa Tatatertib FIFA juga memberitahu FAM telah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.

Lihat Komen
ADS