Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
WWE: Ada apa dengan John Cena
Diterbitkan:  Oct 6, 2015 11:00 AM
Dikemaskini: 3:27 AM

Spekulasi mengenai masa depan penggusti John Cena hangat diperkatakan setelah beliau dikeluarkan dari semua perlawanan WWE baru-baru ini.

Memetik laporan The Wrestling Observer, Cena turut dikeluarkan dari acara utama, termasuk RAW dan Smackdown , bermula sehari selepas rancangan prabayar Hell in a Cell bermula pada 25 Oktober.

The eWrestlingNews turut mengesahkan Cena tidak akan menyertai jelajah Eropah bermula November depan.

Pihak WWE ketika ditanya enggan mengulas mengenai status Cena yang sepatutnya dijadualkan muncul untuk persembahan di Ireland, England, Sepanyol, Itali dan Jerman.

Namu tiada pengesahan mengenai status terkini superstar WWE paling konsisten itu yang kini bercuti panjang atas sebab-sebab peribadi.

Terbaru, WWE menempah legenda gusti, Ric Flair sebagai bagi mengisi kekosongan John Cena.

Tumpuan kini juga mula dialih lebih kepada persengkataan antara Kane dan Seth Rollins sehingga kembalinya Cena ke arena gusti.

Cena adalah pemegang juara AS selepas mengalahkan Rollins - dengan bantuan Demona Kane - dalam acara Steel Cage beberapa hari lalu.

Rollins yang cuba keluar dari gelanggang tertutup ketika Cena mengalami kecederaan dihalang oleh Kane yang muncul secara tiba-tiba.

Tindakan mengejut Kane itu membantu Cena melalukan pinfall ke atas Rollins.

Kali terakhir kedua-dua jaguh itu bertemu adalah di Night of Champions .

Lihat Komen
ADS