Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Jurulatih Felcra FC kembali ke rahmatullah
Diterbitkan:  Oct 6, 2015 12:46 PM
Dikemaskini: 4:51 AM

Ketua Jurulatih Felcra FC, Azman Eusoff menghembus nafas terakhir kira-kira jam 2.30 pagi tadi di Hospital Pakar KPJ di Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Perkara itu dimaklumkan anaknya melalui pengumuman di Facebook Arif De Nafisi.

"Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan abah saya, yang banyak berkorban dan membantu beliau bermula dari akar umbi sehingga menjadi sepohon kayu.

"Tidak lupa keada rakan-rakan yang berdoa kepadanya, hanya Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan kalian," tulis Arif.

Jenazah allahyarham dilaporkan dibawa pulang ke Taman Pauh Jaya, Prai sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Masjid Timah, Permatang Pauh.

Difahamkan, allahyarham meninggal dunia ekoran mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

Jurulatih pasukan yang beraksi di Liga FAM itu meninggalkan seorang isteri dan lima anak.

Azman pernah menabur jasa bersama pelbagai pasukan termasuk Kedah, Brunei, Proton FC, Kelantan TNB, UUM, pasukan kebangsaan bawah 23 tahun, Pulau Pinang, Uitm FC, Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan Felcra.

Pencapaian membawa pasukan bawah 21 tahun Kedah memenangi Piala Presiden 1990 dan 1991 menjadi titik manis permulaan karier beliau.

Beliau juga antara jurulatih yang membantu pasukan Kedah menjulang juara Liga FAM dan peringkat akhir Piala Malaysia 1992.

Dikejutkan dengan berita pemergian jurulatih Felcra, Azman Eusoff, yang pernah menabur bakti dengan Kedah, FAM dan NFDP....

Posted by Muhammad Rizal Hashim on Monday, October 5, 2015

Lihat Komen
ADS