Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Sekilas fakta La Liga hari ini
Diterbitkan:  Oct 7, 2015 5:21 PM
Dikemaskini: 9:24 AM

Casillas puji Navas

Penjaga gol Porto, Iker Casillas memuji rakan setugasnya di Real Madrid, Keylor Navas yang membuat penampilan berkesan sejak awal musim ini.

Casillas mengakui kagum dengan pencapaian Navas dalam sembilan perlawanan kerana hanya melepaskan dua gol.

"Persembahan Navas sangat menakjubkan, permulaan musim yang hebat bagi seorang penjaga gol. (Sebagai penjaga gol utama) posisinya bukan mudah, tetapi dia menggunakan pengalaman dan taktik permainan yang sangat baik," kata bekas penjaga gol Madrid itu.

Pada perlawanan menetang Atletico Madrid Ahad lalu, Navas mengejutkan peminat skuad Galacticos itu berjaya menyelamatkan gawangnya daripada diterobos penalti Antoine Griezmann.

Navas pula menganggap "Tuhan bersamanya" ketika berjaya menepis sepakan itu.

Ramos sanggah Benitez

Pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos, membidas kritikan jurulatih Rafael Benitez yang menganggap dirinya sebagai punca mereka sekadar seri 1 - 1 dengan Atletico Madrid, Ahad lalu.

Sejurus berakhir perlawanan itu, Benitez menyalahkan Ramos kerana menjadi punca sepakan penalti diberikan kepada pasukan lawan di pertengahan separuh masa pertama.

"Tak perlu bercakap mengenai kesalahan saya, tetapi bagaimana dengan pertukaran pemain yang dibuat Benitez," balas pemain kebangsaan Sepanyol itu.

Pertukaran pemain dimaksudkan Ramos merujuk kepada kemasukan Mateo Kovacic menggantukan Karim Benzema pada minit ke-77.

Benzema sebelum itu telah menjaringkan gol buat pasukannya.

Ramos menegaskan, kesalahan dalam bola sepak adalah perkara biasa yang boleh mendidik pemain dan bukan dilakukan dengan sengaja.

Barcelona ikat Coutinho?

Pemain tengah Liverpool, Philippe Coutinho dikhabarkan bakal berpindah ke Camp Nou selepas menerima lamaran kelab gergasi Sepanyol, Barcelona.

Keputusan itu sekali gus menolak gosip perpindahan pemain dari Brazil itu ke seteru ketat Barcelona, Real Madrid.

Nilai sebanyak £30 juta (RM193 juta) bakal mengiringi perpindahan Coutinho selepas tawaran £22 juta (RM141 juta) daripada Madrid ditolaknya.

Terdahulu, penyerang Barcelona Neymar da Silva menyifatkan rakan senegaranya itu memang sesuai berada bersamanya di Barcelona.

"Ada ramai pemain Brazil yang berkualiti ketika ini. Pada saya, salah seorang yang boleh beraksi di sini adalah Coutinho," kata Neymar.

Digelar sebagai 'penyihir kecil', Coutinho yang memiliki kehebatan tendangan jarak jauh dan baru sahaja melanjutkan kontrak bersama Liverpool awal musim ini.

Lihat Komen
ADS