Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan

Hari Sukan Negara peringkat Pahang yang dijadual Sabtu ini, akan berjalan seperti biasa jika bacaan indeks pencemaran udara (IPU) semakin baik.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang Datuk Johari Hussain berkata persediaan bagi peringkat daerah untuk program itu juga berjalan lancar, dengan jangkaan sebanyak 150,000 penyertaan diterima.

"Setakat ini, semuanya berjalan lancar dan IPU juga semakin baik. Namun, sekiranya pada hari berkenaan IPU berada di paras bahaya , kita akan batalkan program kerana tiada tempat tertutup disediakan," katanya semasa dihubungi di Kuantan, hari ini.

Hari Sukan Negara peringkat negeri akan diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 melibatkan 10 acara seperti kayuhan basikal 30 dan 6 kilometer, pertandingan variasi kecergasan dan pertandingan Mr Gym 1Malaysia.

Acara lain ialah senamrobik perdana, pertandingan futsal, pertandingan bola jaring, seni mempertahankan diri dan pertandingan bola keranjang 3 on 3, jualan dan pameran.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dijadual merasmikan sambutan itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS