Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
EURO 2016: England sapu bersih
Diterbitkan:  Oct 13, 2015 12:41 PM
Dikemaskini: 4:43 AM

England menutup tirai pusingan kelayakan Piala Eropah (Euro) 2016 mereka dengan bergaya apabila menyapu bersih semua 10 perlawanan, sekali gus mengutip 30 mata penuh dalam saingan kumpulan E.

Pada perlawanan awal pagi tadi, anak buah Roy Hodgson menewaskan Lithuania 3 - 0 di gelanggang lawan.

Penyerang kelab Everton meletakkan England di depan melalui ledakan cantik dari luar petak penalti menewaskan tujuh pemain lawan yang berada di kawasan gol sekali gus menewaskan penjaga gawang, Giedrius Arlauskis.

Enam minit berselang, England menggandakan keunggulan hasil ketangkasan Adam Lallana dan Harry Kane.

Tendangan kaki kiri Kane terkena tiang gol sebelum terkena belakang kepala Arlauskis dan bola melepasi garisan gawang.

Alez Oxlade Chamberlain menutup kegembiraan The Three Lions melalui rembatan deras pada minit ke-62 selepas menerima umpanan daripada Kyle Walker.

Kemenangan itu meletakkan England di tangga teratas kumpulan tersebut mengatasi lima pasukan lain.

Pencapaian 10 kemenangan itu menjadikan England muncul sebagai pasukan keenam yang menyapu bersih kemenangan di kelayakan Piala Eropah selepas Perancis (pada 1992 dan 2004), Republik Czech (2000), serta Jerman dan Sepanyol (2012).

Tempat kedua kumpulan itu menjadi milik Switzerland selepas menang tipis 1 - 0 ke atas Estonia pada perlawanan terakhir mereka.

Sementara itu, Slovenia menjadi wakil kumpulan E ke peringkat play-off yang akan bersaing dengan lapan pasukan yang turut berada di tangga ketiga kumpulan masing-masing.

Lihat Komen
ADS