Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Terhindar daripada aib. Itu kesimpulan dapat dibuat apabila gol jaringan kapten Harimau Malaya Amri Yahyah di minit ke-10 ‎meletakkan anak buah Datuk Ong Kim Swee mengatasi Timor Leste 1 - 0 di Stadium Perbandaran Dili sebentar tadi.

Kemenangan itu - walaupun tipis - cukup untuk memberi kelegaan dan membukti kemampuan sebenar skuad negara di sebalik kritikan yang dipikul selepas aksi hambar sebelum ini.

Pada aksi kumpulan A kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 itu, pasukan negara beraksi garang dalam dengan misi memburu kemenangan pertama.

Pujian khusus boleh diarahkan kepada barisan pertahanan Harimau Malaya‎ yang begitu fokus mengekang asakan Timor Leste.

Selain itu, penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat juga beraksi cemerlang dengan melakukan beberapa penyelamatan percubaan berbahaya pemain tuan rumah.

Sebaliknya, posisi serangan negara dilihat kurang menyengat‎ apabila hanya percubaan tumpul dapat dilakukan.

Ketiadaan Syafiq Rahim yang dilarang beraksi selepas dikenakan kad kuning kedua pada aksi bertemu Arab Saudi sebelum ini dilihat memberi kesan kepada ‎percaturan bahagian tengah.

Sekurang-kurangnya kali ini Harimau Malaya bangkit mengutip tiga mata penuh untuk naik ke tangga keempat Kumpulan A dengan mengumpul empat mata setakat ini.

Lihat Komen
ADS