Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan

DRB-Hicom FC tidak meletakkan sasaran tinggi dalam saingan Liga Perdana 2016, namun jika merebut kedudukan kedua terbaik barisan pemain dijanjikan habuan istimewa.

"Musim ini kita mensasarkan kedudukan lima terbaik dan sekiranya berjaya berada pada kedudukan kedua atau pertama‎ pemain akan menerima sebuah kereta Proton," katanya Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Tan Sri Mohd Khamil Jamil.

Berucap di majlis memperkenalkan barisan pemain musim ini, Mohd Khamil berkata, habuan tersebut adalah inisiatif kepada setiap pemain sekiranya mereka mempamerkan keputusan cemerlang.

"Selain itu, sekiranya berjaya menamatkan saingan di tangga ketiga atau keempat setiap pemain bakal menerima sebuah motosikal jenis Modenas.

"Musim ini DRB-Hicom FC diperkuat dengan empat pemain import dari Croatia, Ghana, Denmark dan Korea Selatan serta 15 pemain tempatan muka baru," katanya di Wisma DRB-Hicom, Shah Alam hari ini.

Tambah beliau, DRB-Hicom akan meneruskan saingan liga musim ini dengan persediaan lengkap berdepan cabaran baru.

"Kami percaya pasukan mempunyai kekuatan, sikap, komitmen, kualiti dan semangat untuk mencapai sasaran yang ditetapkan," katanya.

JDT II, Perlis pencabar utama

Sementara itu, pengendali pasukan Chong Yee Fatt berkata, skuad bimbingannya telah bersiap-sedia menghadapi musim ini.

"Kita tak nafikan untuk mendaki tangga lima teratas liga bukanlah tugas mudah namun DRB-Hicom optimis dengan persiapan dan latihan yang dijalani bermula September lalu.

"‎Kita juga mempunyai barisan pemain yang sudah serasi termasuk dengan pemain import," jelasnya.

Selepas menamatkan musim lalu di tangga ke-10, Yee Fatt yakin anak buahnya dapat memberi saingan hebat menentang JDT II pada aksi pembukaan liga 12 Februari ini.

Kapten DRB - Hicom, Abdullah Yusoff menyifatkan dua kelab dilihat menjadi pencabar utama mereka musim ini iaitu JDT II dan Perlis.

"Kita lihat kedua-dua pasukan itu mempunyai ramai pemain hebat, bagaimanapun kami akan lakukan yang terbaik, Insya-Allah," katanya.

Mengulas mengenai habuan yang dijanji pihak pengurusan, pemain pertahanan itu berkata, inisiatif tersebut diharap menjadi suntikan semangat kepada barisan pemain.

Lihat Komen
ADS