Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan

Penekanan aspek mentaliti dan psikologi di kalangan pemain antara aspek penting disuntik pengurusan Selangor dalam menghadapi cabaran Liga Malaysia (Liga-M) 2016.

Pengurus The Red Giant Amirudin Shari berkata langkah itu dibuat susulan cabaran lebih sengit bakal dihadapi musim ini.

Katanya pemain memerlukan tumpuan penuh ketika beraksi.

Dengan misi mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia, menurut beliau, rangkuman pemain yang disuntik pelbagai nilai tambah memberi keyakinan kepada mereka untuk mencipta kejayaan lebih baik.

"Di samping latihan, dalam dunia bola sepak profesional sekarang kita juga akan memberi penekanan kepada pemain dalam aspek mengawal mentaliti dan psikologi. Selain itu kita juga fokus kepada aspek keyakinan dalam permainan.

"Selangor sedia hadapi cabaran sengit pasukan lain selaku juara Piala Malaysia musim lalu," katanya kepada media selepas majlis memperkenalkan barisan pemain Selangor di Shah Alam, hari ini.

Mengulas sasaran musim ini, Amirudin berkata, kejayaan merangkul Paial Malaysia 2015 akan dipertahankan di samping merebut tempat teratas Liga Super.

"Sasaran lain, kami akan lihat dari semasa ke semasa berdasarkan kemampuan pasukan. Saya percaya pasukan Selangor tahun ini akan mencipta kejayaan lebih baik.

"Dengan kualiti (pemain) yang ada saya percaya jika kita beri sepenuh 110 peratus perhatian di padang, Selangor tidak ada masalah sangat untuk mendapatkan sasaran tersebut kecuali dengan cabaran beberapa pasukan seperti JDT," jelas Exco Belia dan Sukan Selangor itu.

Musim lalu menyaksikan Selangor berjaya mencapai misi kejuaraan ke-33 Piala Malaysia selepas menewaskan pasukan Kedah.

Sementara itu, mengulas persiapan perlawanan Piala Sumbangsih menentang JDT minggu depan, Amirudin berkata, seluruh perhatian pemain kini difokuskan terhadap perlawanan tersebut.

"Memang ada tekanan terhadap pasukan, namun saya berharap pemain dapat fokus dan dengan jumlah dan kualiti pemain yang kita ada musim ini saya percaya kita boleh mencipta kejutan walaupun menghadapi cabaran besar di Larkin," ujarnya.

Senarai pemain Selangor 2016:

Penjaga gol:

Norazalan Razali

Khairul Azhan Khalid

Zarif irfan Hashimuddin

Pertahanan:

Robert Cornthwaite

Mohamad Azmi Muslim

Muhamad Sharom Abdul Kalam

Mohd Bunyamin Umar

Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid

Mohd Razman Roslan

Tengah:

Andik Vermansah

Nazmi Faiz Mansor

Raimi Md Nor

saiful Ridzuwan Selamat

S Veenod

Mohd Fittri Shazwan

Mohd Hafiz Kamal

R Gopinathan

Penyerang:

Ahmad Hazwan Bakri

Abdul Hadi Yahaya

Patrick Ronaldinho Wleh

Lihat Komen
ADS