Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Seri Hasmiza Othman mengisyaratkan kepada skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors dengan menyasarkan tiga kejuaraan musim ini.

Penaja utama pasukan Kelantan itu berkata, jika dulu Kelantan mampu meraih tiga kejayaan tiada sebab untuk gagal mengulanginya semula pada tahun ini.

"Saya mahu mereka julang maruah anak Kelantan, beraksi dengan penuh semangat.

"Pasukan Kelantan ini kaya dengan kekuatan semangat, kaya dengan sorakan dan sokongan padu," katanya kepada Malaysiakini .

"Insya-Allah dengan doa dan harapan, kita bakal mengulangi sejarah tiga kejuaraan," katanya.

Pasukan yang kini dikendalikan K Devan itu pernah mencatat sejarah meraih tiga gelaran kejuaraan iaitu Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA pada 2012.

Terdahulu, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Vida mengadakan kenduri doa selamat dan solat hajat bagi mendoakan kejayaan PQPTRW musim 2016.

Nak lihat berjubah

Majlis tersebut diadakan di kediaman beliau di Meru Heights, Ipoh menjelang sepak mula aksi Liga Super menentang Perak di Stadium Ipoh, malam ini.

Menurut jutawan kosmetik itu, beliau mengetengahkan pasukan bola sepak alaf baru yang bukan sekadar memberi fokus terhadap sukan itu.

"Bukan sekadar sukan, kena tambah dengan elemen keagamaan sekali.

"Sempena membuka tirai Liga Super, saya bersama skuad PQPTRW sempat mengadakan bacaan Yasin dan doa selamat bersama pelajar tahfiz," katanya.

Sementara itu, Vida sempat memuat naik beberapa gambar di lama Instagram bersama barisan pemain yang mengenakan jubah rekaan terbarunya di majlis tersebut.

"Memang saya berkeinginan untuk melihat mereka (pemain) berjubah, Alhamdulillah," katanya.

Kurlasss Apekkk... Sporting... Smart.. Pekkk...Tanggunjawab besar Di bahu Apek... Jangan kasi Boloss.. Muahh muahh

A photo posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Lihat Komen
ADS