Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Khairul buat Negaraku berkumandang di Argentina
Diterbitkan:  Apr 4, 2016 8:00 AM
Dikemaskini: 2:02 AM

Ia adalah perlumbaaan yang ketiga disertainya di peringkat dunia namun Khairul Idham Pawi menjadikan detik itu amat bermakna bukan saja kepada peribadi tetapi Malaysia.

Dalam kemenangan sensasi itu Khairul Idham mengungguli perlumbaan Moto3 di litar Termas de Rio Hondo di Argentina awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Menjelang permulaan perlumbaan setiap pasukan dilaporkan merahsiakan pemilihan tayar masing-masing sehingga ke detik akhir kerana keadaan litar yang tidak cukup kering - atau basah.

Khairul Idham yang mewakili pasukan Honda Team Asia tersebut mendahului pesaing lain sejak awal perlumbaan dan berada kira-kira 20 saat di depan.

Turut bersaing adalah seorang lagi pelumba Malaysia, Adam Norrodin.

Penganjur mengumumkan keadaan litar adalah lembab namun wakil Belgium Livio Loi (RW Racing GP BV) satu-satunya pelumba memilih tayar basah manakala selebihnya menggunakan tayar slick dengan harapan keadaan akan berubah serta sesuai dengan suhu semasa.

Menjelang beberapa pusingan terakhir Khairul Idham semakin unggul di depan malah pasukannya memberi nasihat agar dia memperlahankan kelajuan pada pusingan terakhir.

Adam dapat pujian

Adam pula sempat bersaing sengit dengan Jorge Navarro untuk tempat kedua namun pada selekoh terakhir dia terjatuh membolehkan pelumba Sepanyol itu akhirnya mengatasi untuk berada di belakang Khairul Idham.

Ia sekali gus menggagalkan impian untuk melihat dua pelumba Malaysia berdiri bersama di atas podium.

Adam segera bingkas mengambil motosikalnya dan menolak kenderaan itu hingga ke garisan penamat untuk berada di tempat ke-11.

Semangat dan kegigihan Adam itu ternyata mendapat pujian ramai.

Inspired by that fantastic show of motivation from Norrodin, #AD04 pushes his Ducati across the line! #ArgentinaGP https://t.co/rXu3K7CQKu

— MotoGP™ (@MotoGP) April 3, 2016

Sementara itu kemenangan Khairul Idham memang tidak dijangka sesiapa termasuk penganjur.

Menurut laporan media penganjur terpaksa membuat carian dalam Google dan memuat turun lagu Negaraku sebelum ia dapat dikumandangkan di litar berkenaan ketika Khairul Idham berada di atas podium.

Berikut senarai kedudukan pelumba selepas acara tamat:

  1. Khairul Idham Pawi MAL Honda Team Asia (Honda) 41m 35.452s
  2. Jorge Navarro SPA Estrella Galicia 0,0 (Honda) 42m 1.622s
  3. Brad Binder RSA Red Bull KTM Ajo (KTM) 42m 5.512s
  4. Andrea Locatelli ITA Leopard Racing (KTM) 42m 5.791s
  5. Joan Mir SPA Leopard Racing (KTM) 42m 5.958s
  6. Hiroki Ono JPN Honda Team Asia (Honda) 42m 6.188s
  7. John Mcphee GBR Peugeot MC Saxoprint (Peugeot) 42m 7.945s
  8. Jorge Martin SPA ASPAR Mahindra Team Moto3 (Mahindra) 42m 16.048s
  9. Jakub Kornfeil CZE Drive M7 SIC Racing Team (Honda) 42m 21.119s
  10. Niccolò Antonelli ITA Ongetta-Rivacold (Honda) 42m 21.345s
  11. Adam Norrodin MAL Drive M7 SIC Racing Team (Honda) 42m 21.625s
  12. Juanfran Guevara SPA RBA Racing Team (KTM) 42m 26.886s
  13. Fabio Quartararo FRA Leopard Racing (KTM) 42m 33.345s
  14. Maria Herrera SPA MH6 Laglisse (KTM) 42m 41.435s
  15. Philipp Oettl GER Schedl GP Racing (KTM) 42m 43.878s
  16. Livio Loi BEL RW Racing GP BV (Honda) 42m 45.617s
  17. Enea Bastianini ITA Gresini Racing Moto3 (Honda) 42m 47.116s
  18. Nicolo Bulega ITA SKY Racing Team VR46 (KTM) 42m 47.243s
  19. Gabriel Rodrigo ARG RBA Racing Team (KTM) 42m 47.603s
  20. Romano Fenati ITA SKY Racing Team VR46 (KTM) 42m 47.722s
  21. Alexis Masbou FRA Peugeot MC Saxoprint (Peugeot) 42m 47.834s
  22. Bo Bendsneyder NED Red Bull KTM Ajo (KTM) 42m 47.974s
  23. Francesco Bagnaia ITA ASPAR Mahindra Team Moto3 (Mahindra) 42m 54.336s
  24. Karel Hanika CZE Platinum Bay Real Estate (Mahindra) 43m 0.567s
  25. Fabio Di Giannantonio ITA Gresini Racing Moto3 (Honda) 43m 7.427s
  26. Jules Danilo FRA Ongetta-Rivacold (Honda) 43m 13.852s
  27. Tatsuki Suzuki JPN CIP-Unicom Starker (Mahindra) 43m 14.236s
  28. Stefano Valtulini ITA 3570 Team Italia (Mahindra) 43m 14.503s
  29. Andrea Migno ITA SKY Racing Team VR46 (KTM) 43m 19.487s
  30. Darryn Binder RSA Platinum Bay Real Estate (Mahindra) +1 lap
  31. Lorenzo Petrarca ITA 3570 Team Italia (Mahindra) +1 lap
  32. Fabio Spiranelli ITA CIP-Unicom Starker (Mahindra) +1 lap

Lihat Komen
ADS