Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Klopp nak bawa 100,000 'tentera merah' ke Basel
Diterbitkan:  May 6, 2016 12:17 PM
Dikemaskini: 7:30 AM

Pengurus Liverpool, Juergen Klopp mengungkapkan kegembiraannya selepas The Kop melangkah ke final Liga Europa dengan menewaskan Villarreal, awal pagi tadi.

Pastinya, jurulatih dari Jerman itu menabur pujian tinggi buat barisan pemainnya yang mencatat kemenangan 3-0 pada aksi separuh akhir kedua itu.

"Malam yang sangat luar biasa. Pasukan saya bermain dengan penuh kebijaksanaan. Kami akan pergi ke Basel dengan 50,000 atau 60,000 malah 100,000 penyokong Liverpool," katanya seperti dilaporkan BT Sport selepas perlawanan awal pagi tadi.

Pada perlawanan akhir nanti, Liverpool akan berdepan cabaran penyandang juara dua musim berturut-turut iaitu Sevilla di Stadium St Jakob-park, Basel, di Switzerland.

"Basel adalah kota yang menyenangkan dan berhampiran rumah saya. Mari kita ke sana (Basel), wujudkan atmosfera dan kami akan kembali melakukan yang terbaik.

"Kami memamg layak ke pentas final dan saya berpuas hati dengan barisan pemain," katanya.

Terdahulu, pada perlawanan separuh akhir pertama, Liverpool terpaksa menelan kepahitan dengan kekalahan 0-1 di gelanggang Villarreal.

Bagaimanapun, pertemuan kedua di Stadium Anfield pagi tadi (waktu Malaysia) ternyata membawa tuah kemenangan buat Liverpool.

"Pada separuh masa kedua, strategi kami adalah terus bermain sepenuh hati dan penuh idea. Akhirnya, perlawanan berakhir dengan keputusan luar biasa.

"Malam ini sungguh sukar dipercayai. Kami juga perlu wujudkan suasana seperti ini di EPL," katanya.

Sementara itu, berdasarkan rekod Liverpool sudah menjulang tiga gelaran Liga Europa iaitu pada 1973, 1976 dan 2001.

Lihat Komen
ADS