Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Piala Malaysia: Saingan sengit Lembah Klang, Pantai Timur
Diterbitkan:  May 23, 2016 11:37 PM
Dikemaskini: May 24, 2016 2:42 AM

Debaran Piala Malaysia 2016 menyaksikan 16 pasukan telah diisi melalui empat kumpulan dalam proses undian yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama sebentar tadi.

Keputusan undian kumpulan A kali ini menyaksikan saingan seimbang antara pasukan T-Team, Kedah, Sarawak dan JDT II.

Kumpulan B pula boleh disifatkan sebagai pertembungan dua pasukan Lembah Klang dan dua pasukan Pantai Timur iaitu Selangor, Kelantan, Pahang dan Kuala Lumpur.

Kumpulan ini nampaknya bakal diberi tumpuan kerana menempatkan pasukan yang seimbang berdasarkan rekod-rekod terdahulu dan prestasi semasa.

Selangor sebagai juara bertahan pastinya mahu mengekalkan pencapaian musim lalu mereka, manakala Kuala Lumpur sebagai pendatang baru musim ini boleh dianggap sebagai pasukan 'underdog'.

Bagi Kelantan dan Pahang pula, prestasi yo-yo di kancah Liga Super pastinya memberi tekanan sekiranya gagal memperbaiki selepas rehat panjang pertengahan musim ini.

Dalam kumpulan C pula memperlihatkan gergasi bola sepak negara JDT yang bakal disaingi PDRM, Perak dan PKNS FC.

Nampaknya JDT sebagai satu pasukan yang disegani dan sedang mendahului Liga Super setakat mungkin tidak terlalu tertekan untuk menghadapi saingan di peringkat kumpulan tersebut.

Sementara itu kumpulan terakhir iaitu D pula menempatkan saingan pasukan Felda United FC, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.

Berdasarkan keputusan undian tersebut, edisi Piala Malaysia kali ini nampaknya akan memberi debaran tersendiri.

Lebih-lebih lagi format perlawanan piala tertua negara ini dijalankan serentak di samping saingan Liga Super sepanjang musim ini.

Jadual lebih padat tentunya bakal menguji kekuatan stamina, mental dan ketahanan fizikal setiap pasukan terlibat.

Kumpulan A:

1) T-Team

2) Kedah

3) Sarawak

4) JDT II

Kumpulan B:

1) Selangor

2) Kelantan

3) Pahang

4) Kuala Lumpur

Kumpulan C:

1) JDT

2) PDRM

3) Perak

4) PKNS FC

Kumpulan D

1) Felda United FC

2) Terengganu

3) Melaka

4) Negeri Sembilan

Lihat Komen
ADS