Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Pengurus Sevilla sedang dibawa ke Everton?
Diterbitkan:  May 24, 2016 10:35 AM
Dikemaskini: 2:57 AM

'Saham' Unai Emery dilaporkan mencanak-canak naik selepas mengemudi Sevilla menjulang Piala Europa 18 Mei lalu.

Disebabkan itu Emery kini menjadi sebutan di England dan status beberapa kelab yang tidak memiliki pengurus menjadikan dia antara tokoh yang diperhatikan.

Satu daripada kelab itu ialah Everton.

The Toffees kini tidak memiliki pengurus selepas Roberto Martinez (gambar) dipecat dua minggu lalu kerana pemainnya gagal menyerlah dalam saingan EPL.

Everton menamatkan musim kali ini di tempat ke-11.

Emery membawa Sevilla mengungguli piala peringkat Eropah itu selama tiga musim berturut-turut.

Dalam perlawanan akhir di Basel, Switzerland minggu lalu Sevilla membenam Liverpool 3-1.

Pencapaian jurulatih berusia 44 tahun itu memang mengagumkan pengurusan tertinggi Everton selepas mereka kecewa dengan prestasi Martinez.

Media di England melaporkan, Everton dijangka mengadakan pertemuan dengan Emery dalam tempoh terdekat untuk membincangkan kemungkinan mereka bekerjasama.

Cabaran kekalkan pemain

Pengurus Southampton Ronald Koeman dan Frank De Beor yang kini tidak lagi bersama Ajax juga menjadi sebutan bakal dibawa ke Goodison Park.

Selain itu, turut dikaitkan ialah bekas Pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini.

De Boer dikhabarkan telah menyatakan keinginan dia untuk bekerjasama dengan Everton.

Bagaimanapun, Emery dilihat lebih popular dan disifatkan sebagai 'gila kerja' di kalangan pemain dan pernah menarik minat West Ham United sebelum mereka memilih Slaven Bilic dan Sam Allardyce di Sunderland.

Sebelum ini Emery pernah mendedahkan minatnya untuk bekerja di EPL. Kemampuan Emery berbahasa Inggeris pula memberi kelebihan buatnya bekerja di England.

Everton di bawah kendalian Martinez menamatkan saingan EPL dengan dengan kutipan 47 mata dan tewas kepada City pada aksi separuh akhir Piala Liga.

Pada saingan Piala FA pula, Everton tewas kepada Manchester United, malah mereka hanya memenangani dua perlawanan daripada 11 perlawanan terakhir bersama Martinez.

Skuad The Toffees kini berdepan cabaran mengekalkan beberapa pemain tonggak mereka seperti John Stones, Ross Barkley Romelu Lukaku.

Lihat Komen
ADS