Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Sukan
TMJ akan jumpa FAM, tuntut individu tertentu undur
Diterbitkan:  Jul 19, 2016 5:52 PM
Dikemaskini: 10:21 AM

Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan bertemu dengan exco tertinggi FAM untuk berbincang dan menyelesaikan isu bola sepak negara.

JDT dalam kenyataan di Facebook rasmi mereka berkata, pertemuan tersebut akan diadakan di Kuala Lumpur atau Johor Bahru secara peribadi dan tertutup.

"Pertemuan tersebut juga bertujuan untuk menggesa individu-individu tertentu untuk berundur dan memberikan tugasan tersebut kepada mereka yang lebih berkaliber, dedikasi dan penuh integriti bagi menerajui FAM dan pengurusan pasukan kebangsaan.

"Sepertimana titah TMJ, individu yang akan menerajui FAM dan pasukan kebangsaan mestilah layak dan berkaliber serta diterima semua pihak termasuk semua penyokong bola sepak tanah air," kata kenyataan itu.

Tunku Ismail yang juga pemilik JDT semalam, mendakwa mempunyai dakwaan rasuah 30 tahun dalam FAM.

Ini termasuk dakwaan ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, pengambilan duit kelab dan laporan audit yang didakwa “merepek”.

JDT juga menyenaraikan masalah-masalah itu yang digelarkannya sebagai “halaman 3.1.2.1 dan 3.1.2.2” daripada sumber dalaman FAM sendiri.

Sumber itu juga, kata JDT, datang daripada “satu organisasi tertinggi yang masih sayangkan bola sepak Malaysia”.

Sementara itu, kenyataan terbaru itu menjelaskan hanya dua daripada 279 halaman yang dapat dikongsi atas arahan Tunku Ismail.

"Oleh kerana tidak mahu menganiaya sesetengah individu dan mahu menyimpan sebahagiannya terlebih dahulu atas sebab sesetengah maklumat tersebut mempunyai nama yang mampu memberi implikasi besar pada individu tertentu.

Terima kasih," tambah kenyataan tersebut.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS