Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Penalti bantu Kedah tewaskan PDRM
Diterbitkan:  Sep 30, 2016 10:52 PM
Dikemaskini: 6:15 PM

Cabaran sukar dihadapi pasukan Kedah sebelum menang 2-1 melayan kunjungan PDRM pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.

Dua sepakan penalti yang berjaya disempurnakan anak buah Tan Cheng Hoe memberi bekalan selesa buat skuad Helang Merah menghadapi aksi separuh akhir kedua.

Naib juara musim lalu itu ternyata menepati ramalan umum dengan menewaskan PDRM walaupun hanya kemenangan tipis.

Tampil agresif di awal 45 minit pertama, pemain Helang Merah cuba menguasai permainan walaupun menerima tentangan sengit lawan.

Tampil agresif diawal 45 minit pertama, pemain Helang Merah cuba menguasai permainan walaupun menerima tentangan sengit lawan.

Namun, tidak seperti biasa barisan pemain Kedah dilihat agak kurang teratur dalam menyusun taktikal dan mudah untuk jentera PDRM membaca pergerakan mereka.

PDRM sekurang-kurangnya tampil memberi tekanan kepada tuan rumah, manakala Kedah dilihat gagal menguasai hantaran-hantaran pendek yang selalunya menjadi kelebihan mereka.

Kedah melalui Thiago Agusto menggembirakan lebih 25,000 penyokong mereka melalui jaringan penalti pada minit kesembilan untuk mendahului lawan.

Bagaimanapun, kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila PDRM pula dihadiahkan sepakan penalti seminit berselang.

Kekasaran yang dilakukan pemain pertahanan tuan rumah ke atas Christoper Keli menghukum Kedah dengan penalti disempurnakan Guilherme de Paula untuk kedudukan 1-1 separuh masa pertama.

Bersambung 45 minit kedua, kedua-dua pasukan awalnya tampil berhati-hati dengan rentak persembahan lebih tenang.

Saling berbalas serangan, separuh masa kedua dilihat lebih memihak kepada PDRM berdasarkan serangan dan percubaan dilakukan.

Jentera serangan Kedah banyak menggunakan posisi sayap untuk menghantar bola berbanding dominasi penguasaan di bahagian tengah.

Malangnya kesilapan penjaga gol mereka mengasari Thiago Agusto membawa padah, Kedah sekali lagi memperolehi sepakan penalti untuk gol kedua mereka melalui Liridon Krasniqi minit ke-81.

Kemenangan 2-1 itu pastinya memberi kelegaan buat penyokong Kedah untuk aksi timbal balik di Stadium Hang jebat, Melaka 15 Oktober nanti.

Lihat Komen
ADS