Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Lepas 48 jam Pogba berubah, kata Mourinho
Diterbitkan:  Oct 21, 2016 3:00 PM
Dikemaskini: 7:40 AM

Pengurus Manchester United (Man U), Jose Mourinho menyatakan rasa puas hatinya dengan penampilan aset termahal mereka - Paul Pogba pada aksi saingan kumpulan Liga Europa, awal pagi tadi. 

Pogba berhasil menyumbang dua gol untuk membantu kemenangan 4-1 The Red Devils berdepan Fenerbahce di Old Trafford.

Pemain kelahiran Perancis itu merekodkan namanya sebagai penjaring pada minit ke-31 dan 45'.

Dua gol Man U lagi dijaringkan Anthony Martial dan Jesse Lingard dan pasukan pelawat cuma meraih satu gol saguhati melalui Robin Van Persie.

Dua hari sebelumnya, ketika bertemu Liverpool dalam cabaran Liga Perdana Inggeris prestasi Pogba dilihat terlalu teruk. Selain hanya membuat dua percubaan, dia cuma melepaskan 38 hantaran dengan 64 sentuhan bola.

Jika dibandingkan statistik Pogba ketika Man U melayani kunjungan Fenerbahce, pemain yang dibeli dari Juventus dengan harga £100 juta (RM537.3 juta) itu melakukan empat percubaan, 70 hantaran dan 89 kali interaksi bola.

"Dua hari lalu, dia adalah pemain terburuk Liga Perdana. Selepas 48 jam, dia berubah menjadi fenomena," kata Mourihno memuji penampilan anak emasnya itu.

"Pogba perlukan waktu. Saya kenal bola sepak Itali. Setelah berada di Itali selama empat hingga lima tahun dan datang ke England, saya tak berharap dia terus tampil terbaik," ujar Mourihno seperti dilaporkan BBC.

Kemenangan ke atas kelab dari Turki itu meletakkan Man U di tangga teratas Kumpulan A dengan dengan berkongsi enam mata dengan Feyernoord di kedudukan kedua.
 

Lihat Komen
ADS