Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
'Wak Am' semakin hampir ke Melaka United
Diterbitkan:  Dec 11, 2016 1:30 AM
Dikemaskini: 5:37 PM

Melaka United kini dalam peringkat akhir untuk mendapatkan kapten pasukan Harimau Malaysia iaitu Mohd Amri Yahyah bagi
mengharungi saingan Liga Super musim depan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Mohd Yusoff Mahadi yang juga pengurus pasukan Sang Kancil itu berkata semua terma termasuk gaji dan tempoh kontrak akan dimuktamadkan Isnin ini.

"Kita telah beri tawaran secara lisan kepada beliau nampak semuanya positif tetapi kita beri masa kepada beliau untuk memikirkannya, kita tengok bagaimana Isnin ini," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Amri, 35, merupakan penyerang berpengalaman yang sebelum ini mewakili kelab JDT dan memiliki 61 caps dengan jaringan 15 gol ketika mewakili negara.

Mohd Yusoff berkata Melaka United tidak melihat usia Amri sebagai halangan untuk mendapatkan khidmatnya, sebaliknya melihat kepada prestasi semasa penyerang yang mesra dengan panggilan 'Wak Am' itu.

"Walaupun usianya hampir 36 tahun tetapi prestasi beliau seperti penyerang berusia 26 tahun, kita percaya beliau mampu membantu Melaka United ke tahap lebih tinggi selepas ini," katanya.

-Bernama

Lihat Komen
ADS